IT ALL BEGAN HERE

pj1.jpg
pj2.jpg
pj3.jpg
pj4.jpg

Title

IT ALL BEGAN HERE

Description

Following the Walkabout programme at UiTM Sabah Branch, I had the chance to spend time at the Jalan Othman Campus in Petaling Jaya on March 28, 2022. This campus has a capacity of 2,000 people. I was taken on a tour of the academic, administrative, and multipurpose spaces by Mr. Khairul, Mr. Rodzian, Mr. Mohd Hamidi, Mr. Moohd Shazalee, and Mr. Syafirul Azre, before enjoying afternoon tea with them and getting input on this campus.
Jalan Othman is no stranger to ITM (now UiTM) members because this is where the early generation was born and known as the Jalan Othman Generation or, in short, ‘J.O’. Opened on February 14 1957, under the name of RIDA Training Hall, and later followed by laying the foundation stone of the MARA College’s Annex Building on September 12 1966. Jalan Othman Campus records the vital history of the establishment and progressive development of UiTM to date.
Thank you to Mr. Khairul, Mr. Rodzian, Mr. Mohd Hamidi, Mr. Moohd Shazalee and Mr. Syafirul Azre for their input. InsyaAllah, there will definitely be a transformation on this campus soon.

SEMUANYA BERMULA DI SINI.
Selesai program Walkabout di UiTM Cawangan Sabah, pada 28 Mac 2022 saya berkesempatan meluangkan waktu melawat ke Kampus Jalan Othman yang terletak di Petaling Jaya. Kapasiti kampus ini adalah 2,000 orang dan saya di bawa melawat ke ruang – ruang akademik, pentadbiran dan serbaguna oleh Encik Khairul, Encik Rodzian, Encik Mohd Hamidi dan Encik Moohd Shazalee serta Encik Syafirul Azre kemudian menikmati minum petang bersama mereka sambil mendapatkan input berkenaan kampus ini.
Jalan Othman sememangnya tidak asing bagi warga ITM (kini UiTM), kerana di sinilah lahirnya generasi awal yang dikenali sebagai “Generasi Jalan Othman’ atau singkatannya ‘J.O’. Dibuka pada 14 Februari 1957, dengan nama Dewan Latihan RIDA, dan kemudiannya disusuli dengan perletakkan batu asas Bangunan Tambahan Maktab MARA pada 12 September 1966.
Kampus Jalan Othman merekod sejarah penting kewujudan dan pembangunan UiTM yang progresif sehingga kini.
Terima kasih kepada Encik Khairul, Encik Rodzian, Encik Mohd Hamidi dan Encik Moohd Shazalee serta Encik Syafirul Azre atas input yang dikongsikan dan pastinya akan berlaku transformasi di kampus ini nanti, InsyaAllah.

Source


Collection

Tags

Citation

“IT ALL BEGAN HERE,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/222.

Output Formats