UiTM SMRI PROACTIVE IN PARTNERING WITH KTMB AND MGTS

Title

UiTM SMRI PROACTIVE IN PARTNERING WITH KTMB AND MGTS

Description

UiTM and Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) recently renewed their Memorandum of Understanding (MoU) and Memorandum of Agreement (MoA). This strategic partnership continues the collaboration between the two parties, especially in the field of smart manufacturing technologies and other areas of expertise. I am optimistic that the research and innovation activities taking place between UiTM and KTMB will provide students with insights and meaningful learning experiences. This will better prepare students to work in the rail industry after graduation. I applaud the proactive initiative of the UiTM Smart Manufacturing Research Institute (UiTM SMRI) which will later benefit the 500 participants who will enrol for industrial training as well as other programmes under this collaboration. I thank Mr Suhaimi Yaacob, Chief Corporate Officer of KTMB, and the KTMB delegation who were present at the ceremony.
The UiTM Smart Manufacturing Research Institute (UiTM SMRI) is once again taking a proactive step in partnership with the Malaysia Green Technology Society (MGTS), a registered entity with HRDCorp. Both parties will form a committee to study the Green Technology Index for buildings and sectors to be given a "star" rating, similar to what is done in the hotel industry.
In addition, this collaboration will support MGTS in research to develop EV and solar technology to make access to this technology affordable for low-income and rural communities, as well as in the development of water pollution prevention technologies and innovations in water harvesting. We thank Dr. M. Chandrasagaran, Chairman of MGTS, and his delegation for their participation in the signing ceremony held recently at UiTM.

UiTM SMRI PROAKTIF JALIN KERJASAMA DENGAN KTMB DAN MGTS.
UiTM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) baru-baru ini. Perkongsian strategik ini meneruskan agenda kolaborasi kedua belah pihak terutamanya dalam kejuruteraan pembuatan pintar, serta peluang dalam kerjasama kepakaran yang lain. Aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berlangsung antara UiTM dan KTMB saya yakin dapat memberi pendedahan dan pengalaman pembelajaran bermakna kepada para pelajar. Ini akan membuat mereka lebih bersedia dan kompeten untuk bekerja dalam industri rel selepas tamat pengajian nanti. Saya memuji tindakan proaktif UiTM Smart Manufacturing Research Institute (UiTM SMRI) yang juga nanti akan memanfaatkan 500 orang peserta untuk didaftarkan di bawah bengkel latihan industri serta program-program lain yang digariskan dalam kerjasama ini. Terima kasih kepada Encik Suhaimi Yaacob, Ketua Pegawai Korporat, KTMB serta delegasi KTMB yang hadir semasa majlis diadakan.
Sekali lagi, UiTM Smart Manufacturing Research Institute (UiTM SMRI) mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan Malaysia Green Technology Society (MGTS), badan berdaftar dibawah HRDCorp. Kedua belah pihak akan menubuhkan panel yang melihat Indeks Teknologi Hijau untuk bangunan dan industri untuk diberi penarafan “bintang” sama seperti yang dilakukan oleh industri hotel. Selain itu kolaborasi ini akan membantu MGTS untuk menyelidik perkembangan EV dan solar supaya akses terhadap teknologi tersebut mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar selain membangunkan teknologi pencegahan pencemaran air industri dan inovasi penuaian air. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. M. Chandrasagaran, Pengerusi MGTS serta delegasi beliau yang hadir ke majlis memeterai kerjasama tersebut yang diadakan di UiTM baru-baru ini.

Source


Files

ktmb_mgts1.jpg
ktmb_mgts2.jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM SMRI PROACTIVE IN PARTNERING WITH KTMB AND MGTS,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/227.

Output Formats