UiTM HOLDINGS & UiTM JOHOR BRANCH HOSTED AN IFTAR FOR FITRAH QASEH CHILDREN
Title
UiTM HOLDINGS & UiTM JOHOR BRANCH HOSTED AN IFTAR FOR FITRAH QASEH CHILDREN
Description
On 16 April 2022, I had the opportunity to break the fast with 30 children from Fitrah Qaseh Shelter Home at the Islamic Centre, UiTM Johor Branch, Pasir Gudang Campus.
In the spirit of Ramadhan, the Iftar programme at Pasir Gudang Campus was to bring joy to the orphans and less fortunate children of Fitrah Qaseh. Besides the iftar, they also received duit raya from UiTM Holdings. In addition, 10 UiTM students and 4 UiTM employees also received duit raya from UiTM Johor Branch.
I would like to see UiTM students and staff as well as UiTM Holdings employees continue to participate in volunteering activities for the children of Fitrah Qaseh.
I believe that such events organised on campus will bring the community closer to the university while empowering the Bumiputeras through the Ministry of Higher Education's “University for Society” programme. Moreover, this is UiTM's 5th Focus and Target for 2022, where student participation is important to advance the university's agenda.
Congratulations to UiTM Holdings who took the initiative during Ramadhan to partner with UiTM Johor Branch Pasir Gudang Campus to celebrate the children of Fitrah Qaseh Shelter Home with an Iftar and duit raya.
Photos by : UiTM Holdings Group
UiTM HOLDINGS & UiTM CAWANGAN JOHOR ANJUR MAJLIS IFTAR UNTUK ANAK-ANAK FITRAH QASEH.
Bertempat di Pusat Islam, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, saya berkesempatan Berbuka Puasa bersama 30 orang anak-anak dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh pada 16 April 2022.
Mengambil semangat keberkatan Ramadhan, program Berbuka Puasa di Kampus Pasir Gudang ini bertujuan untuk memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan daripada Fitrah Qaseh. Selain majlis berbuka puasa, mereka menerima duit raya daripada UiTM Holdings. Sementara itu, 10 pelajar UiTM dan 4 kakitangan UiTM juga menerima duit raya daripada UiTM Cawangan Johor.
Saya mahu sukarelawan di kalangan pelajar dan kakitangan UiTM serta kakitangan UiTM Holdings terus menyertai aktiviti kesukarelawanan bersama anak-anak Fitrah Qaseh.
Saya percaya acara sebegini yang dianjurkan di kampus akan mendekatkan masyarakat dengan universiti, sekali gus memperkasakan bumiputera melalui program "Universiti untuk Masyarakat" Kementerian Pengajian Tinggi. Tambahan pula, ia juga merupakan Fokus & Sasaran ke-5 UiTM bagi tahun 2022, di mana penglibatan pelajar adalah penting dalam memacu agenda universiti.
Tahniah kepada UiTM Holdings kerana telah mengambil inisiatif di bulan Ramadhan menjalinkan kerjasama dengan UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang bagi meraikan anak-anak dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh dengan jamuan berbuka puasa serta sumbangan duit raya.
Foto oleh : UiTM Holdings Group
Source
Date
Collection
Citation
“UiTM HOLDINGS & UiTM JOHOR BRANCH HOSTED AN IFTAR FOR FITRAH QASEH CHILDREN,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/231.