UiTM SDAV TEAM AND HEXAGON-MSC TO HAVE A TRAINING HUB FOR ASEAN

Title

UiTM SDAV TEAM AND HEXAGON-MSC TO HAVE A TRAINING HUB FOR ASEAN

Description

The Memorandum of Understanding (MoU) between Universiti Teknologi MARA (UiTM) and MSC Software (S) Pte Ltd. establishes the University-Industry Training Hub for ASEAN. UiTM will proudly house the training hub. This milestone will witness the collaboration of UiTM College of Engineering and MSC Software on talent development in Computer-Aided Engineering (CAE).
To share with you, UiTM has had a long and beneficial connection with MSC Software, particularly in computational simulations, via various workshops and seminars organised by both parties. For example, both parties previously co-organised a workshop on Modelling and Analysis of Structural Vibration with Indonesian universities, namely Universitas Lampung and Universitas Andalas. Another is a workshop on Non-Linear Training for the Indonesian Automotive Industry, with P.T Pakoakuina of Karawang Tidur, Indonesia. In addition, two UiTM academicians have been appointed as Hexagon-MSC trainers.
With the signing of the MoU, UiTM and MSC Software will be able to collaborate more closely on furthering continuous collaborative innovation and establishing sustainable and agile talent. I think that both organisations will be able to capitalise on their expertise while also using new resources and technology to handle current and future challenges.
I look forward to both parties pursuing many more worthwhile ventures in the future, so I'd like to take this opportunity to thank Mr. Lim Boon Choon, President of Hexagon Manufacturing Intelligence, Korea, ASEAN, and India, and Mr. Rajagopalan Varadarajan, Senior Director of Hexagon Manufacturing Intelligence, Design and Engineering, as well as the delegation from Hexagon-MSC Software Corporation, for their presence at the signing ceremony held on 18 April 2022. Also, I'd like to thank UiTM College of Engineering, particularly the Structural Dynamics Analysis Validation (SDAV) team, for making this partnership a success.
The UiTM SDAV team specialises in analysing complex structural vibrations, a high demand skill in the automotive, aerospace, and shipbuilding sectors. UiTM SDAV is currently developing a novel approach for finding non-linearity in structural dynamics. This project involves researchers from MSC-Hexagon, the University of Cyprus, and the Middle East Technical University.
Furthermore, the UiTM SDAV team has collaborated closely with institutions in India and Indonesia on structural vibrations. At the national level, the UiTM SDAV team is a founding member of the Malaysian Society of Acoustics and Vibration (SVAM). 

PASUKAN SDAV UiTM DAN HEXAGON-MSC WUJUDKAN HAB LATIHAN UNTUK ASEAN.
Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan MSC Software (S) Pte Ltd. menubuhkan Hab Latihan Universiti-Industri untuk ASEAN, yang akan ditempatkan di UiTM. Perkembangan ini akan menyaksikan kerjasama Kolej Kejuruteraan UiTM dan Perisian MSC dalam pembangunan bakat khususnya bidang Kejuruteraan Berbantu Komputer (CAE).
Sebagai perkongsian, UiTM telah mempunyai hubungan yang lama dan baik dengan Perisian MSC, khususnya dalam bidang simulasi pengkomputeran, melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak. Sebagai contoh, kedua-dua pihak sebelum ini menganjurkan bengkel Pemodelan dan Analisis Getaran Struktur dengan universiti Indonesia iaitu Universitas Lampung dan Universitas Andalas. Satu lagi adalah, bengkel Latihan Bukan-Linear untuk Industri Automotif Indonesia, bersama P.T Pakoakuina dari Karawang Tidur, Indonesia.
Dengan pemeteraian MoU ini, UiTM dan Perisian MSC akan dapat bekerjasama lebih erat dalam memajukan inovasi kolaboratif yang berterusan serta mewujudkan bakat yang mampan dan tangkas. Saya berpendapat bahawa kedua-dua organisasi akan dapat memanfaatkan kepakaran mereka sambil mengaplikasikan sumber dan teknologi baharu untuk menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Saya berharap kedua belah pihak meneruskan lebih banyak usahasama bermanfaat pada masa akan datang, justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada En. Lim Boon Choon, Presiden Hexagon Manufacturing Intelligence, Korea, ASEAN, dan India, dan En. Rajagopalan Varadarajan, Pengarah Kanan Hexagon Manufacturing Intelligence, Design & Engineering, serta delegasi dari Hexagon-MSC Software Corporation, atas kehadiran mereka pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan pada 18 April 2022. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kolej Kejuruteraan UiTM, terutamanya pasukan Structural Dynamics Analysis Validation (SDAV), kerana menjayakan kerjasama ini.
Pasukan UiTM SDAV pakar dalam analisis getaran struktur kompleks, yang mendapat permintaan tinggi dalam sektor automotif, aeroangkasa dan pembinaan kapal. UiTM SDAV kini sedang membangunkan pendekatan baru untuk mencari non-linearity dalam dinamik struktur, di mana projek tersebut melibatkan para penyelidik dari MSC-Hexagon, Universiti Cyprus dan Universiti Teknikal Timur Tengah.
Dalam pada itu, pasukan UiTM SDAV telah bekerjasama rapat dengan institusi di India dan Indonesia mengenai getaran struktur. Di peringkat kebangsaan, pasukan UiTM SDAV merupakan ahli pengasas Malaysian Society of Acoustics and Vibration (SVAM).

Source


Files

asean1.jpg
asean2.jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM SDAV TEAM AND HEXAGON-MSC TO HAVE A TRAINING HUB FOR ASEAN,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/234.

Output Formats