Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 dan Pelancaran Identiti Visual serta Cogan Kata Baharu Endowmen UiTM
Title
Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 dan Pelancaran Identiti Visual serta Cogan Kata Baharu Endowmen UiTM
Subject
Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Endowmen UiTM, Sumbangan Pendidikan, Rakan Strategik, Unit Endowmen, Jabatan Bendahari UiTM, Pembiayaan Pendidikan, Memperkasa Pendidikan Mencorak Masa Depan
Description

Petang Jumaat, 23 Oktober 2026, hadir di Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 bertempat di Hotel UiTM, Shah Alam, anjuran Unit Endowmen, Jabatan Bendahari UiTM.
Menjunjung kasih Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi Penyumbang serta Rakan Strategik Endowmen Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Majlis bertujuan menghargai sumbangan para penyumbang dan rakan strategik dalam menyokong agenda pendidikan UiTM, memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan keterlihatan Endowmen UiTM sebagai instrumen pembiayaan jangka panjang yang mampan.
Majlis pelancaran identiti visual dan Tagline baharu Endowmen UiTM telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor yang juga merupakan penyumbang Endowmen UiTM. Menjunjung kasih Tuanku.
Cogan kata baharu Endowmen UiTM, “Memperkasa Pendidikan, Mencorak Masa Depan”, merupakan usaha memperkukuh imej dan keterlihatan Endowmen UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, rakan strategik serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Tahniah dan terima kasih kepada Bendahari, Unit Endowmen dan warga Jabatan Bendahari atas penganjuran yang berjaya dan bermakna!
Selangor Royal Office
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 yang menghargai sumbangan penyumbang dan rakan strategik serta pelancaran identiti visual dan cogan kata baharu Endowmen UiTM.
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), Appreciation Ceremony, Royal Attendance, Endowment, Strategic Partnership, Institutional Event
Coverage
Hotel UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1E5oXahwjR/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 dan Pelancaran Identiti Visual serta Cogan Kata Baharu Endowmen UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2470.