CTWR 2022 EPISODE 5 WITH ASSOC. PROF TS. DR MOHD RASDI ZAINI AND PROF. TS. DR ASMAH AWAL
Title
CTWR 2022 EPISODE 5 WITH ASSOC. PROF TS. DR MOHD RASDI ZAINI AND PROF. TS. DR ASMAH AWAL
Description
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif!
Alhamdulillah, this episode was successfully broadcast live via UiTM's YouTube channel at Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
For this CTWR, I have invited two (2) panellists to speak on the topic of “Global Goals: UiTM at the Forefront in Ensuring Food Security", namely Assoc. Prof Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini, the Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM), Melaka Branch and Prof. Ts. Dr Asmah Awal, the Deputy Rector (Research and Innovation), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor Branch.
In this episode, Associate Prof. Dr. Rasdi talks about the importance of food safety and explains how it encompasses various aspects, including the guarantee of food produced from the farm to the consumer's dining table. It covers the process of producing and manufacturing agricultural products, packaging, marketing, and storing food.
A food crisis can occur when the country is unable to supply itself with staple foods such as rice, wheat, and grains, and ultimately has a major impact on the sharp rise in prices. For comparison, the country spent RM55.5 billion on food imports in 2020 alone, compared to the country's exports of RM33.8 billion. The increase in imports has increased by 24.9% compared to 2019 due to the pandemic.
The Food and Agriculture Organisation of the United Nations (FAO) has outlined four (4) indicators to ensure that a country's food security is at a safe level. First, is the availability of food. Second, is the purchasing power of consumers. Third, is the convenience or access to food. Fourth, is the convenience or access to a supply of nutritious food.
Based on these indicators, UiTM has developed several initiatives to assist the country in ensuring the sustainability of food security. For example, the Faculty of Plantation and Agrotechnology (FPA) has increased the number of programmes offered from three (3) to 17 to meet industry demand for semi-professional labour and increase national productivity. FPA also intends to offer micro credentials to upskill and retrain farmers and herders in the face of future challenges such as lack of jobs and food. It is also able to meet industry needs in the areas of production, policy, and research.
In addition, the UiTM initiative also includes the development of 1000 acres of unused land around the branch campuses for teaching and learning, research and commercialisation. Food yields are also constantly monitored and audited at the farm level, not only on the basis of productivity but also to ensure clean and guaranteed healthy and safe food yields through the basic principles of good agricultural practices.
Given the challenges and problems we face today, we note that there are several aspects that can be improved to further increase the level of food security in the country. For example, the need to focus on developing young talent. The younger generation today is a little less interested in getting into agriculture and plantation farming. However, they are very interested in gadgets and technology applications. Therefore, the UiTM family can take advantage of this opportunity by using technology to attract students through the digitisation of agriculture, such as smart technology, urban agriculture and precision farming.
In addition, research and development must become more aggressive and proactive to ensure national food security in line with the UiTM 2025 Plan. Each of us has our role to play, be it as an educator, stakeholder or government agency, to achieve the government's aspirations of ensuring a continuous supply of food and not relying too much on imported food.
Prof. Ts. Dr. Asmah Awal spoke on quality research and innovation to ensure safety and supply of adequate and nutritious food throughout the year.
According to the Food and Agriculture Organisation (FAO) standard, food must be sufficient, safe, nutritious and ensure that a person can actively participate in daily activities. This means that Global Goal 2: Zero Hunger is a state where the food consumed has an impact on a person's physicality and improves life performance. In the context of Malaysia, we are fortunate that food security in the country currently ranks second in Asia after Singapore. In other words, we have no problems with the adequacy of food.
As for the Global Food Security Index (GFSI), Malaysia is currently ranked 39th. The GFSI takes into account issues of food affordability, availability, quality and safety, as well as natural resources and resilience in 113 countries. I agree that this is also a good indicator. I also agree that food research needs to be refined in the future.
In terms of food research, innovation and commercialisation, UiTM is a university that produces many plantation graduates and is nationally and internationally renowned. This includes collaboration with the Indian Institute of Plantations Management (IIPM) in India under a Memorandum of Understanding (MoU). UiTM is also well positioned for research in agricultural commodities, cash crops and future crops. Thus, we are contributing not only in the present but also in the future in the field of crops and nutrition.
I also very much agree with the words of Prof. Ts. Dr. Asmah that we are all agriculturists and that food related research must be in line with the Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0). The DAN 2.0 was enacted as an effort by the government to ensure food security by transforming the country's food system.
According to Prof. Ts. Dr. Asmah Awal, UiTM Selangor Branch has been commissioned as a research-oriented campus and appointed as a consultant to the Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia in the Eleventh Malaysia Plan 2016-2020. Because of this reputation, UiTM has received many invitations from various parties to conduct joint research with the industry on modern agriculture. Recently, studies have begun between the industry and our own Atta-ur-Rahman Institute for Natural Products (AuRIns).
Current research priorities include the study of Black Turmeric (Curcuma Caesia), which is also a crop of the future. UiTM will also research the Ketum plant or its scientific name, Mitragyna speciosa. I am happy to see that the UiTM is making rapid progress in smart and modern agriculture. We also need to push seed-based research.
In relation to action, sustainability and formula to ensure food security and achieve GRU2025, Prof. Ts. Dr. Asmah Awal stated that we need to be smart in selecting the crops of the future like Pokok Kabong (Arenga pinnata). Collaboration with other faculties, such as the Faculty of Business Management and the Faculty of Information Management, must also be strengthened to ensure that precision agriculture and precision health are among UiTM's priorities in the future.
Thus, in my opinion, food security is not only linked to basic nutrition, but also to economic stability and empowerment, long-term health and the environment.
I would like to thank the entire Coffee Talk With Rozie team, especially the technical team and of course today's guest panellists, Assoc. Prof Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini and Prof. Ts. Dr Asmah Awal.
See you again on CTWR Episode 6!
CTWR 2022 EPISOD 5 BERSAMA PROF. MADYA TS. DR MOHD RASDI ZAINI DAN PROF. TS. DR ASMAH AWAL
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif!
Begitulah saya mulakan CTWR 2022 Episod 5. Tepat sekali kata-kata ini kerana CTWR bermatlamat untuk mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
Episod kali ini berlangsung dengan jayanya secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Pada CTWR kali ini, saya telah menjemput dua (2) orang tetamu panelis untuk membincangkan mengenai “Global Goals: UiTM at the Forefront in Ensuring Food Security”, iaitu Prof. Madya Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini, Rektor, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka dan Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), UiTM Cawangan Selangor.
Dalam episod kali ini, Prof Madya Dr Rasdi telah berkongsi tentang maksud Food Security dan bagaimana ia merangkumi pelbagai aspek termasuk jaminan produk makanan yang dihasilkan dari ladang sehingga lah ke meja makan pengguna. Ia melibatkan proses pengeluaran dan penghasilan hasil ladang, pembungkusan, pemasaran dan penyimpanan makanan.
Krisis makanan boleh berlaku sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakmampuan negara dalam mendapatkan bekalan makanan asas atau makanan ruji seperti beras, gandum, bijian dan akhirnya akan memberi kesan yang besar terhadap peningkatan harga yang mendadak. Untuk makluman, negara berbelanja sebanyak RM55.5 billion untuk mengimport produk makanan pada tahun 2020 sahaja berbanding dengan eksport negara sebanyak RM33.8 billion. Peningkatan import ini melonjak sebanyak 24.9% berbanding tahun 2019 disebabkan pandemik yang berlaku.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) telah menggariskan empat (4) indikator bagi memastikan jaminan makanan bagi sesebuah negara itu berada pada tahap selamat. Pertama, kesediaan bekalan makanan. Kedua, kemampuan membeli oleh pengguna. Ketiga, kemudahan atau akses utk mendapatkan bekalan makanan. Keempat, kemudahan atau akses kepada bekalan makanan berkhasiat.
Berdasarkan indikator ini, UiTM telah menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu negara dalam menjamin kelestarian jaminan makanan berterusan. Sebagai contoh, fokus telah diberikan dimana Fakulti Perlandangan dan Agroteknologi (FPA) telah membuka ruang dan meningkatkan jumlah program yang ditawarkan dari tiga (3) kepada 17 program bagi memenuhi permintaan industri untuk membekalkan tenaga buruh semi professional bagi membantu pengeluaran produktiviti negara. Juga, FPA berhasrat menawarkan micro credentials dalam meningkatkan nilai tambah kepada para petani dan peladang dalam menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang seperti kekurangan pekerjaan dan bekalan makanan. Ia juga mampu untuk memenuhi tuntutan industri dari aspek pengeluaran, dasar, sehingga penyelidikan.
Selain itu, inisiatif UiTM juga melibatkan pembangunan 1000 ekar tanah terbiar di sekitar kampus-kampus cawangan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersialan.
Di peringkat ladang, hasil makanan juga sentiasa dipantau dan diteliti bukan sahaja berdasarkan produkiviti malah untuk memastikan hasil makanan bersih dan terjamin sihat dan selamat melalui prinsip-prinsip dasar Good Agricultural Practice.
Berdasarkan cabaran dan isu yang dihadapi kini. Kita dapati terdapat beberapa aspek penambahbaikan boleh dilakukan dalam meningkatkan lagi tahap jaminan makanan di negara ini. Sebagai contoh, keperluan untuk memberi fokus kepada pembangunan Young Talent atau bakat muda. Rata-rata generasi kini agak kurang berminat untuk menceburkan diri dalam industri pertanian dan perladangan. Walaubagaimanapun, mereka sangat berminat dengan gajet dan aplikasi teknologi. Oleh itu, keluarga UiTM boleh mengambil peluang ini dengan menggunapakai teknologi untuk menarik minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam industri pertanian dan perladangan negara melalui digitalisasi pertanian seperti teknologi pintar, pertanian bandar (urban farming) dan pertanian tepat (precision farming).
Selain itu, penyelidikan dan pembangunan perlu lebih agresif dan proaktif untuk memastikan keberdikarian bekalan negara sejajar dengan blueprint UiTM 2025. Setiap dari kita bertanggung jawab dalam merancang samada pengajar, stakeholder mahupun agensi-agensi kerajaan untuk kita sama-sama mencapai hasrat kerajaan dalam memastikan kelangsungan hidup melalui jaminan bekalan makanan yang berterusan dan tidak terlalu bergantung kepada produk makanan import.
Prof. Ts. Dr Asmah Awal telah berkongsi mengenai kajian dan inovasi berkualiti untuk memastikan keselamatan dan bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat sepanjang tahun.
Merujuk kepada The Food and Agriculture Organization (FAO) yang juga standard global, makanan perlulah cukup, selamat, berkhasiat dan memastikan seseorang bergiat aktif dalam aktiviti seharian. Ini bermaksud, Global Goals 2: Zero Hunger adalah satu keadaan yang bermaksud makanan yang telah diambil telah memberikan impak kepada fizikal seorang individu dan meningkatkan prestasi kehidupan.
Dalam konteks Malaysia, kita sangat bertuah kerana kecukupan makanan di negara ini berada di taraf no 2 pada masa kini di rantau Asia selepas Singapura.
Dalam kata lain, kita tiada isu dalam kecukupan makanan.
Jika dirujuk kepada The Global Food Security Index (GFSI) pula, Malaysia kini berada di kedudukan 39. GFSI mempertimbangkan isu keterjangkauan makanan, ketersediaan, kualiti dan keselamatan serta sumber asli dan daya tahan merentasi 113 buah negara. Ini merupakan satu indikator yang selesa. Saya juga bersetuju bahawa apa yang perlu diperhalusi pada masa hadapan adalah dari segi penyelidikan makanan.
Dari skop penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan makanan, UiTM adalah universiti yang banyak melahirkan alumni dalam bidang perladangan dan dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuk kerjasama MoU bersama Indian Institute of Plantations Management (IIPM) dari India. UiTM juga siapsiaga dalam penyelidikan berteraskan komoditi, cash crop dan future crop. Ini bermakna UiTM bukan saja menyumbang pada masa kini tapi juga pada masa akan datang dalam bidang perladangan dan permakanan.
Saya juga sangat bersetuju dengan kata-kata Prof Ts. Dr Asmah adalah kita semua adalah agriculturist dan penyelidikan berkaitan makanan perlu selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0). DAN 2.0 ini telah digubal sebagai usaha kerajaan menjamin sekuriti makanan melalui transformasi sistem makanan negara.
Menurut Prof Ts. Dr Asmah Awal, UiTM Cawangan Selangor telah diberi mandat sebagai kampus berorientasikan penyelidikan dan telah dilantik sebagai perunding kepada Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020. Atas reputasi ini, UiTM telah diberikan kepercayaan oleh pelbagai pihak untuk menjalankan kajian bersama pihak industri yang berkonsepkan perladangan moden (modern agricultulture). Contohnya, banyak kajian dijalankan di antara Atta-ur-Rahman Institute for Natural Products (UiTM) dan pihak industri yang bermula baru-baru ini. Antara tumpuan kajian pada masa kini adalah kajian terhadap tumbuhan Kunyit Hitam (Curcuma Caesia) yang juga adalah future crop. UiTM juga akan menjalankan kajian terhadap tumbuhan Ketum atau nama santifiknya, Mitragyna specios.
Saya gembira kerana UiTM sedang bergerak laju dalam modern and smart agriculture dan pembiakan secara moden. UiTM perlu terus kehadapan dalam penyelidikan berteraskan seed research.
Dalam konsep Action, Sustainability and Formula in Ensuring Food Security dalam memacu UiTM ke arah GRU2025, Prof. Ts. Dr Asmah Awal mengatakan kita perlu bijak dalam memilih tanaman pilihan di masa hadapan seperti Pokok Kabong (Arenga pinnata). Kerjasama bersama fakulti-fakulti lain seperti Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM juga perlu diperkasakan dalam memastikan precision farming dan precision health menjadi keutamaan UiTM di masa hadapan.
Pada pandangan saya, keselamatan makanan, selain berkaitan makanan asas, ia juga berkait dengan dengan kestabilan ekonomi, kesihatan jangka panjang, pemerkasaan dan alam sekitar.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Madya Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini dan Prof. Ts. Dr Asmah Awal.
Source
Date
Citation
“CTWR 2022 EPISODE 5 WITH ASSOC. PROF TS. DR MOHD RASDI ZAINI AND PROF. TS. DR ASMAH AWAL,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/265.