Food Price Monitoring At Dataran Cendekia & Menara SAAS During MEET & GREET With Students

Title

Food Price Monitoring At Dataran Cendekia & Menara SAAS During MEET & GREET With Students

Description

In view of the current rising cost of living, the YB Minister of Higher Education on July 4 decided to introduce a moratorium on rent payments to operators and food providers on the campuses of public higher learning institutions for six (6) months from July 2022.
So yesterday I visited Dataran Cendekia and Menara SAAS to look at food prices and talk to students. Cafe owners in all 35 UiTM branches will be offered two alternatives:-
(a) Moratorium on the renting of the premises for (6) six months if they comply with the maximum rate of RM3.50 for each quality meal served to students; or
(b) Sale of meals at the maximum rate set by the UiTM but without the benefit of the moratorium.
At the same time, I directed the Food Monitoring Committee to investigate and submit a plan for the introduction of an RM3.50 quality meal menu. Previously, the UiTM Standing Finance Committee had set a maximum price for each meal sold on campus, ranging from RM5.00 to RM6.50.
Meanwhile, UiTM is very grateful for the announcement by the Ministry of Higher Education (MOHE) to continue with the initiative to provide free meal vouchers to B40 students in higher education institutions. Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0 was funded by the Yayasan Kebajian Siswa Keluarga Malaysia (YKS) and provides packaged food to UiTM students. In addition, UiTM continues to receive support from industry partners and through its nationwide network of alumni.
I am concerned about this situation and hope that the measures taken will help underprivileged students to ensure that their learning sessions are not affected by the impact of rising prices of goods in Malaysia. This moratorium will also serve to reduce the operating and commodity costs of food premise operators on the UiTM campuses. #uitmcares ~ RT
TINJAUAN HARGA MAKANAN DI DATARAN CENDEKIA & MENARA SAAS SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN PELAJAR.
Berikutan dengan kos kenaikan sara hidup masa kini, pada 4 Julai yang lalu YB Menteri Pengajian Tinggi telah memperkenalkan pelaksanaan moratorium bayaran sewaan selama (6) bulan mulai Julai 2022 kepada pengusaha dan penyedia makanan di dalam kampus IPT Awam.
Justeru, semalam saya ke Dataran Cendekia dan Menara SAAS bagi meninjau harga makanan sambil beramah mesra bersama para pelajar UiTM. Di peringkat UiTM, para pengusaha kafe di seluruh 35 kampus cawangan UiTM diberi dua pilihan sama ada memilih:-
a) Moratorium sewaan premis selama (6) enam bulan, dengan syarat mematuhi kadar siling RM3.50 bagi setiap hidangan berkualiti yang dijual kepada mahasiswa, atau;
b) Menjual hidangan mengikut kadar maksimum yang ditetapkan UiTM, tanpa mendapat faedah moratorium yang ditawarkan.
Dalam masa yang sama, saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pemantauan Makanan untuk meneliti dan mengesyorkan cadangan bagi memperkenalkan menu hidangan berkualiti RM3.50. Sebelum ini, UiTM menerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan telahpun menetapkan kadar maksimum antara RM5.00 hingga RM6.50 bagi setiap hidangan yang dijual di dalam kampus.
Sementara itu, UiTM amat berterima kasih dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang meneruskan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada penuntut B40 di insitusi pengajian tinggi. Dikenali sebagai Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0 ia mendapat sumbangan dari Yayasan Kebajian Siswa Keluarga Malaysia (YKS). Para pelajar UiTM menerima makanan secara berbungkus menerusi Food@Campus Keluarga Malaysia 2.0. Bahkan juga, UiTM akan terus disokong oleh rakan-rakan industrinya serta jaringan alumni UiTM di seluruh negara.
Prihatin dengan situasi ini, saya berharap inisiatif yang diperkenalkan dapat membantu para pelajar yang tidak berkemampuan demi memastikan sesi pembelajaran mereka tidak terjejas akibat kesan peningkatan harga barangan di negara ini. Selain itu, inisiatif moratorium ini juga diharapkan dapat mengurangkan kos operasi dan bahan mentah pengusaha premis makanan di dalam kampus UiTM. #uitmprihatin ~RT

Files

292283350_178167981273699_2831521973281925773_n.jpg
292294188_178167951273702_613273671855141991_n.jpg
292980521_178168011273696_7672140023992127356_n.jpg
292561112_178168037940360_8027499286119280874_n.jpg
292990211_178168071273690_5673302700033163493_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Food Price Monitoring At Dataran Cendekia & Menara SAAS During MEET & GREET With Students,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/284.

Output Formats

Geolocation