Tuanku Agong Consents To The Proclamation Of UiTM Hospital As Al-Sultan Abdullah Hospital

Title

Tuanku Agong Consents To The Proclamation Of UiTM Hospital As Al-Sultan Abdullah Hospital

Description

On the historic day of July 23, 2022, corresponding to the 23 Zulhijjah 1443H, His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong consented to the proclamation of UiTM Hospital as Al-Sultan Abdullah Hospital. This is another iconic landmark that will benefit and prosper the rakyat, in line with the Ministry of Higher Education’s strategic focus; driving the community's well-being.
Al-Sultan Abdullah Hospital, which covers 46 acres, was completed in 2020 and commenced operations on April 5, 2021. The design is inspired by the molecular element of zam-zam water, which includes nutrients and treatments for numerous maladies, as narrated by Jabir bin Abdullah, "The Prophet Muhammad SAW said, Zamzam water depends on the purpose of drinking it" (Ibn Majah. Sunan Ibnu Majah. Vol. 4, page: 249).
The hospital has 400 patient beds, whereas its academic and medical complex is also equipped with interactive computer labs, clinical skills labs, and simulation wards for a capacity of 750 students. UiTM Al-Sultan Abdullah Hospital offers emergency and trauma care, critical care, internal medicine, cardiology, general surgery, plastic and reconstructive surgery, cardiothoracic surgery, orthopaedics, pregnancy care, paediatric care, health care for adolescents and adults, as well as oncology medicine, geriatrics, forensic medicine, mental health, rehabilitation, and dialysis. It will surely drive this hospital toward becoming a "Premier Teaching Hospital."
On that note, the entire Keluarga UiTM expresses their gratitude and appreciation to His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, and Her Majesty Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, as well as to His Royal Highness the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, and Her Royal Highness the Tengku Permasuri of Selangor, Tengku Permasuri Norashikin. Indeed, Your Highnesses' attendance means a lot to the whole Keluarga UiTM. Menjunjung Kasih Tuanku.
Meanwhile, thank you also to Selangor's Menteri Besar, YAB Dato Seri Amirudin Shari, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of Finance, YB Tuan Khairy Jamaluddin, Minister of Health, and Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Secretary General of the Ministry of Higher Education.
Our appreciation goes to the UiTM Pro-Chancellors and Board of Directors, the TRIPIc Berhad concessionaire, the Public Works Department, the UiTM Management, the District Health Office, the Kuala Selangor District and Land Office, the Selangor state PBT (Local Government Authorities), members of the media, and everyone who contributed to the success of today's event.
Finally, the whole Keluarga UiTM would like to thank YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Higher Education, for her unwavering and never-ending support for UiTM. In fact, her leadership and vision have always inspired and motivated us all to ensure that the university accomplishes its shared goals of GRU2025, simultaneously improving the quality of our national higher education on a global scale. ~RT
TUANKU AGONG PERKENAN ISYTIHAR NAMA HOSPITAL UiTM SEBAGAI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH.
Pada hari yang mencatat sejarah 23 Julai 2022 bersamaan dengan 23 Zulhijjah 1443H, UiTM amat bertuah dan berbangga di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Canselor UiTM mengisytiharkan dan memasyhurkan nama hospital UiTM sebagai Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM. Inilah satu lagi mercu kebanggaan yang akan memanfaatkan dan mensejahterakan rakyat bertepatan dengan fokus strategik Kementerian Pengajian Tinggi dalam memacu kesejahteraan komuniti.
Dengan keluasan 46 ekar, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, telah siap dibina pada tahun 2020 dan memulakan operasinya pada 05 April 2021. Reka bentuknya diilhamkan dari elemen molekul air zam-zam yang mengandungi khasiat dan penawar pelbagai penyakit seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, air zamzam tergantung pada tujuan ia diminum” (Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah. Juz.4, halaman: 249).
Dilengkapi 400 buah katil pesakit, kompleks akademik dan perubatan hospital ini turut dilengkapi dengan dengan makmal komputer interaktif, makmal kemahiran klinikal dan wad simulasi untuk kapasiti 750 orang pelajar. Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM, menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan dan trauma, rawatan kritikal, perubatan dalaman, kardiologi, pembedahan am, pembedahan plastik dan rekonstruksi, pembedahan kardiotorasik, ortopedik, rawatan ibu hamil, rawatan untuk bayi, remaja dan orang dewasa serta perubatan onkologi, geriatrik, perubatan forensik, kesihatan mental, rehabilitasi serta dialisis oleh tenaga pakar, profesional dan subkepakaran berpengalaman yang disokong oleh para pegawai perubatan dan kesihatan dan pentadbiran pengurusan hospital. Maka ia akan memacu hospital ini ke arah “Premier Teaching Hospital”.
Sehubungan itu, seluruh Keluarga UiTM mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Sesungguhnya, keberangkatan Duli-Duli Tuanku amat bermakna dan istimewa buat seluruh Keluarga UiTM. Menjunjung Kasih Tuanku.
Terima kasih juga buat YAB Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, YB Tuan Khairy Jamaludin, Menteri Kesihatan, dan Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang bersama-sama dalam majlis ini.
Buat barisan Pro-Canselor dan Ahli Lembaga Pengarah UiTM, pihak konsesi TRIPIc Berhad, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Kesihatan Daerah, Pengurusan UiTM, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, pihak PBT negeri Selangor, seluruh Keluarga UiTM dan rakan-rakan media serta semua yang terlibat memastikan kelancaran majlis pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan.
Akhir sekali, seluruh Keluarga UiTM ingin mengucapkan terima kasih buat YAB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, yang sentiasa menyokong projek dan insiatif UiTM. Sesungguhnya kepimpinan dan visi beliau sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada kami semua untuk memastikan UiTM mencapai aspirasi bersama ke arah mencapai GRU2025, melonjak kualiti pendidikan tinggi negara di persada dunia. ~RT

Files

294623737_181217204302110_5992612402636217381_n.jpg
294020868_181217377635426_8641252784767273109_n.jpg
294763728_181217404302090_1674096309740567253_n.jpg
295288715_181217354302095_573949822195486952_n.jpg
295308313_181217434302087_5283177897509203061_n.jpg
295611041_181217230968774_1689512763416528405_n.jpg
295630407_181217257635438_1927560631696190905_n.jpg
295703784_181217330968764_3588915586205551539_n.jpg
295772909_181217294302101_2309833835319157833_n.jpg

Collection

Citation

“Tuanku Agong Consents To The Proclamation Of UiTM Hospital As Al-Sultan Abdullah Hospital,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/296.

Output Formats

Geolocation