Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Terima Pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022

346072113_195773689993814_6298755534938023363_n.jpg

Title

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Terima Pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022

Description

9 Mei 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi melakar sejarah, apabila Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) menerima pengiktirafan Malaysia Good Design Award bagi tahun 2022 dari Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.
Anugerah pengiktirafan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kepada wakil UiTM iaitu Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah HASA dalam Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Award 2022 & Pensijilan Certified Industrial Designer (CiDe) di The Everly, Putrajaya semalam.
MGDA merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Malaysia terhadap pengeluaran produk dengan reka bentuk berkualiti dan Hospital Al-Sultan Abdullah merangkul pengiktirafan ini bagi kategori Senibina dan Persekitaran (Architecture and Environmental Products). Produk yang diberikan pengiktirafan logo MGDA mempunyai keistimewaan serta kelebihan yang tersendiri dari segi reka bentuk, kualiti dan fungsi kerana ia telah melalui penilaian oleh pakar-pakar pereka.
Berkonsepkan molekul Zam-Zam dengan inspirasi sifat penyembuhan (air penawar pelbagai penyakit), reka bentuk pembinaannya mewujudkan persekitaran yang mampu menyumbang kepada kualiti penjagaan kesihatan pesakit dan ahli keluarga mereka pada tahap yang terbaik dengan disokong kompetensi kakitangan yang profesional dan berintegriti.
Saya mengucapkan tahniah kepada Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM hanya selepas 2 tahun beroperasi telah menerima pengiktirafan Malaysia Good Design Award.

Date

Collection

Citation

“Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Terima Pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/467.

Output Formats

Geolocation