A Grand 2023 Hari Raya Aidil Fitri Get-Together With The Theme "A Nostalgic P.Ramlee Film" At Universiti Teknologi Mara Shah Alam

346489745_1499117483961219_7510539388221570890_n.jpg
346626787_994411621978434_1361516791684500480_n.jpg
346824237_587774433361006_3649123668299664876_n.jpg
346882327_982729436216577_1392021235993920789_n.jpg
346883914_959150475122287_8591817284179806460_n.jpg
346884341_258230976591895_2216569550828007012_n.jpg
346947107_778719910572680_6842124026360846952_n.jpg
346953950_1196242584406621_960434952349537478_n.jpg
346989588_802733711431437_4180165721196964636_n.jpg
347079556_1397544117465953_6588521252720929714_n.jpg

Title

A Grand 2023 Hari Raya Aidil Fitri Get-Together With The Theme "A Nostalgic P.Ramlee Film" At Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Description

On May 11, 2023, Universiti Teknologi MARA organized a grand Hari Raya Aidil Fitri Get-Together, bringing together 33 centers of responsibility from all over the campus. The event attracted a large audience consisting of students and staff. Also attend the Vice-Chancellor, UiTM Executive Management, Chairman and his Board Members, Pro-Chancellor, staff, and students.
The gathering's theme was "A Nostalgic P.Ramlee Film," and it aimed to evoke nostalgic memories of the legendary Malaysian actor, director, and songwriter, P. Ramlee. Each of the 33 centers of responsibility showcased its creativity by setting up uniquely decorated booths that aligned with the theme. These creatively decorated booths served as an avenue for students and staff to interact and engage with various activities and exhibits.
The event commenced at 11 am with my opening speech. In my opening remarks, I welcomed everyone and shared my thoughts on the significance of the gathering, emphasizing the importance of fostering a sense of unity and camaraderie within the UiTM community through events like the Hari Raya Aidil Fitri Gathering.
Following the opening speech, the Chairman of the UiTM Board, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose delivered an officiating speech. He acknowledged the significance of celebrating Hari Raya Aidil Fitri and emphasized the role of the UiTM community in promoting graduate employability and instilling values in students.
The gathering program featured various activities and competitions that added excitement to the event. The program included activities such as Hari Raya performances, stall visits, best booth, best costume, and similar P.Ramlee face competitions. Traditional Malay dances and songs were performed, creating a lively and festive atmosphere at the gathering. The stalls set up by the 33 centers of responsibility offered an opportunity for everyone to visit and explore a variety of exhibits, showcasing the talents and achievements of different departments.
Visiting the stalls was also an enjoyable activity where staff and students could try various delicacies, snacks, and traditional sweets associated with the Hari Raya celebration. The best booth competition highlighted the creative and innovative talents of the participants in decorating their booths with Hari Raya-themed decorations.
Furthermore, the best costume competition showcased the participants' traditional Malay attire, Malay men’s wear, and women’s wear (known as baju kurung). It was an excellent opportunity for everyone to embrace the traditional Malay culture and celebrate the joyous occasion of Hari Raya Aidil Fitri.
Lastly, the Sua Raya program ended with a similar P.Ramlee face competition, where the participants were asked to mimic the legendary actor's famous expressions and poses. It was a fun and entertaining activity that brought laughter and joy to everyone.
When the Hari Raya Aidil Fitri Get-together arrived, I felt relieved. The 33 centers of responsibility have organized a successful event that brought the UiTM community together to celebrate the happy occasion. The theme of "P.Ramlee Nostalgic Film" was an excellent way to evoke nostalgia for a cultural icon while also appreciating traditional Malay culture. The event exemplifies the unity and spirit of the UiTM community, which was at the heart of the Hari Raya celebration.
---------------------------------------------------------------------
MAJLIS SUA RAYA AIDIL FITRI 2023 BERTEMAKAN "NOSTALGIA FILEM P.RAMLEE" DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
Pada 11 Mei 2023, Universiti Teknologi MARA menganjurkan Majlis Sua Raya Aidil Fitri yang menghimpunkan 33 pusat tanggungjawab (PTj) dari seluruh kampus. Acara ini menarik ramai kehadiran tetamu yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja UiTM. Turut hadir Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif UiTM, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta Pro-Canselor.
Tema Sua Raya kali ini adalah "Nostalgia Filem P.Ramlee," dan ia bertujuan untuk membangkitkan kenangan nostalgia ikon pelakon, pengarah dan penulis lagu legenda Malaysia, P. Ramlee. Setiap satu daripada 33 PTj mempamerkan kreativitinya dengan gerai berhias unik yang sejajar dengan tema. Gerai-gerai yang dihias secara kreatif ini berfungsi sebagai tempat untuk pelajar dan staf UiTM untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dirancangkan.
Pembukaan majlis pada jam 11 pagi, saya mulakan dengan ucapan kata alu-aluan kepada semua yang hadir. Dalam ucapan perasmian, saya mengalu-alukan semua pihak dan berkongsi pandangan mengenai kepentingan perhimpunan ini, menekankan kepentingan memupuk semangat perpaduan dan keakraban dalam kalangan warga UiTM melalui acara-acara seperti Perhimpunan Hari Raya Aidil Fitri.
Setelah ucapan alu-aluan, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose pula menyampaikan ucapan perasmian. Beliau mengakui kepentingan meraikan Hari Raya Aidil Fitri dan menekankan peranan warga UiTM dalam menggalakkan kebolehpasaran graduan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
Majlis Sua Raya ini menampilkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menambah keterujaan kepada para pengunjung dan penganjur. Majlis ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti persembahan Hari Raya, lawatan gerai, gerai PTj terbaik, kostum terbaik dan pertandingan muka mirip P.Ramlee. Persembahan Hari Raya yang turut menyerikan majlis termasuk tarian tradisional Melayu, dan dendangan lagu-lagu Hari Raya, yang membawa suasana riang gembira di majlis tersebut. Gerai-gerai yang dibuka oleh 33 PTj itu menawarkan peluang kepada semua pengunjung untuk melawat dan meneroka pelbagai pameran, mempamerkan bakat dan pencapaian jabatan yang berbeza.
Mengunjungi gerai-gerai juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan di mana warga kerja UiTM dan pelajar boleh mencuba pelbagai juadah, makanan tradisional dan manisan istimewa yang menjadi hidangan di Hari Raya. Aktiviti pertandingan gerai terbaik mengetengahkan bakat kreatif dan inovatif peserta dalam menghias gerai mereka dengan hiasan mengikut tema.
Selain daripada itu, pertandingan pakaian terbaik di kalangan tetamu yang hadir yang mempamerkan pakaian tradisional Melayu, baju Melayu, dan baju kurung. Pertandingan ini merupakan peluang terbaik untuk semua orang menghayati budaya tradisional Melayu dan meraikan kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri.
Majlis Sua Raya ini berakhir dengan pertandingan wajah mirip P.Ramlee, di mana para peserta diminta meniru ekspresi dan gaya terkenal pelakon legenda itu. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan menghiburkan yang membawa gelak ketawa dan kegembiraan kepada semua orang.
Saya amat gembira Majis Sua Raya Aidil Fitri 2023, anjuran 33 PTj, berjaya membawa warga UiTM bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini. Tema "Nostalgia Filem P.Ramlee" merupakan cara terbaik untuk membangkitkan kenangan nostalgia ikon budaya dengan cara menghayati budaya Melayu tradisional. Majlis ini jelas menunjukkan perpaduan dan semangat komuniti UiTM, yang merupakan intipati kepada sambutan majlis Sua Raya kali ini.

Date

Collection

Tags

Citation

“A Grand 2023 Hari Raya Aidil Fitri Get-Together With The Theme "A Nostalgic P.Ramlee Film" At Universiti Teknologi Mara Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/468.

Output Formats

Geolocation