14 Programmes At UiTM Received 6 And 5 Star Employbility Ratings By Talent Bank

299789284_186587907098373_4212027452637057781_n.jpg
299935817_186559523767878_7583380249627078280_n.jpg
300365967_186559573767873_3322631548272721468_n.jpg
300781619_186559550434542_7529098817215031243_n.jpg

Title

14 Programmes At UiTM Received 6 And 5 Star Employbility Ratings By Talent Bank

Description

I am pleased to receive a courtesy visit to my office from the Chief Executive Officer of Talent Bank, Mr. Ben Ho and his officer Mr. Tong Li Kiat, General Manager (Employer Liaison). At the same time, a meeting was held involving my officers from the Career & Counseling Centre, the Industry Network Centre, the Ranking Department and the Human Resource Management Department.
Founded in 2010, Talent Bank is an enabler in the employability ecosystem. It is focused on producing career-ready candidates and helping them achieve better careers by connecting them with industry leaders who welcome world-class talent.
At the presentation session, TalenBank introduced the career and training portal for student and employer modules and the support programmes organized by Talent Bank.
I am happy to share that at the session, Talent Bank announced that Universiti Teknologi MARA was voted one of the Employer's Preferred Universities. Through a survey conducted by them, the results of UiTM's evaluation were given the following rating:-
★ 6 Stars Employability Rating in Accounting
★ 6 Stars Employability Rating in Art & Design
★ 6 Stars Employability Rating in Business Management
★ 6 Stars Employability Rating in Chemical Engineering
★ 6 Stars Employability Rating in Entrepreneurship
★ 6 Stars Employability Rating in Event Management
★ 6 Stars Employability Rating in Law
★ 6 Stars Employability Rating in Marketing
★ 6 Stars Employability Rating in Pharmacy
★ 5 Stars Employability Rating in Computing & IT
★ 5 Stars Employability Rating in Education
★ 5 Stars Employability Rating in Civil Engineering
★ 5 Stars Employability Rating in Mathematics and Statistics
★ 5 Stars Employability Rating in Mechanical Engineering
TalentBank's National Graduate Employability Index (GE Index) is a benchmark used to measure the employability of higher education institutions for Malaysian graduates. It is based on studies and votes given by employers regarding the marketability of graduates.
The GE Index aims to give due recognition to institutions of higher learning throughout Malaysia and to guide school leavers and parents in considering the choice of universities and programmes relevant to the industry.
Congratulations! to graduates and faculties/colleges on 6 Star and 5 Star Employability Ratings of TalentBank's National Graduate Employability Index (GE Index).~RT
14 PENGAJIAN DI UiTM TERIMA 6 DAN 5 BINTANG PENARAFAN KEBOLEHPASARAN OLEH TALENTBANK.
Saya berbesar hati untuk menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Eksekutif Talent Bank, Encik Ben Ho dan pegawainya Encik Tong Li Kiat, Pengurus Besar (Seranta Majikan) ke pejabat saya.
Dalam waktu yang sama mesyuarat diadakan melibatkan pegawai-pegawai saya dari Pusat Kerjaya & Kaunseling, Pusat Jaringan Industri, Jabatan Penarafan dan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.
Ditubuhkan pada 2010, Talent Bank adalah pemboleh (enabler) dalam ekosistem kebolehpasaran, memberi tumpuan kepada melahirkan calon yang bersedia untuk kerjaya dan membantu mereka mencapai kerjaya yang lebih baik dengan menghubungkan mereka dengan pemimpin industri yang mengalu-alukan bakat bertaraf dunia.
Pada sesi pembentangan, TalenBank telah memperkenalkan portal kerjaya dan latihan bagi modul pelajar serta majikan di samping program-program sokongan anjuran Talent Bank.
Sukacita saya kongsikan, pada sesi tersebut Talent Bank telah mengumumkan Universiti Teknologi MARA telah dipilih sebagai salah satu Universiti Pilihan Majikan. Menerusi tinjauan yang diadakan oleh mereka, hasil penilaian UiTM diberi penarafan berikut :-
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Perakaunan
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Seni & Reka Bentuk
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Pengurusan Perniagaan
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Kejuruteraan Kimia
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Keusahawanan
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Pengurusan Acara
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Undang-undang
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Pemasaran
★ Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dalam Farmasi
★ Penarafan Kebolehpasaran 5 Bintang dalam Pengkomputeran & IT
★ Penarafan Kebolehpasaran 5 Bintang dalam Pendidikan
★ Penarafan Kebolehpasaran 5 Bintang dalam Kejuruteraan Awam
★ Penarafan Kebolehpasaran 5 Bintang dalam Matematik dan Statistik
★ Penarafan Kebolehpasaran 5 Bintang dalam Kejuruteraan Mekanikal
Indeks Kebangsaan Kebolehpasaran Graduan (Indeks GE) TalentBank adalah penanda aras yang digunakan untuk mengukur kebolehpasaran bagi lepasan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ia adalah berdasarkan kajian dan undian yang diberikan oleh majikan, mengenai aspek kebolehpasaran graduan.
Matlamat Indeks GE adalah untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia dan menjadi panduan kepada lepasan sekolah dan ibu bapa yang mempertimbangkan pilihan universiti dan program yang relevan dengan industri.
Tahniah! kepada graduan dan fakulti/kolej pengajian atas Penarafan Kebolehpasaran 6 Bintang dan 5 Bintang bagi Indeks Kebangsaan Kebolehpasaran Graduan (Indeks GE) TalentBank. ~RT

Collection

Citation

“14 Programmes At UiTM Received 6 And 5 Star Employbility Ratings By Talent Bank,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/307.

Output Formats

Geolocation