KPT Nyata Hasrat Kerjasama Dengan Wilayah Nova Scotia

Title

KPT Nyata Hasrat Kerjasama Dengan Wilayah Nova Scotia

Description

25 Ogos 2022 | Halifax, Kanada – KPT terus mempergiatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai Hab Pendidikan Global yang bakal menjadi pilihan utama para pelajar antarabangsa dari seluruh pelusuk dunia.

Komitmen yang digalas oleh YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi itu telah membawanya bertemu YB. Brian Wong, Menteri Pendidikan Lanjutan Wilayah Nova Scotia semalam sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Kanada.

Nova Scotia yang bermaksud “Scotland Baharu” dalam bahasa latin, merupakan salah satu semenanjung di Kanada yang menghadap lautan Atlantik yang terkenal dengan keindahan dan kekayaan alam semulajadi serta memiliki antara IPT terbaik di negara itu.

Files

KPT-Nova-Scotia-1-768x512.jpg
KPT-Nova-Scotia-2-768x512.jpg

Collection

Tags

Citation

“KPT Nyata Hasrat Kerjasama Dengan Wilayah Nova Scotia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/311.

Output Formats

Geolocation