KPT Teroka Kolaborasi Penyelidikan Kelestarian Laut Dan Sekuriti Makanan Dengan Universiti Dalhousie
Title
Description
Universiti Dalhousie yang mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang tersebut telah diperkenalkan dengan delegasi daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diketuai oleh Naib Canselornya, Prof. Dato' Dr Mazlan Abd Ghaffar serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Ts. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.
YB Menteri berharap akan wujud kerjasama strategik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh ketiga-tiga universiti melibatkan kedua-dua bidang tersebut.
Beliau turut merakamkan pujian kepada Universiti Dalhousie kerana berjaya melahirkan para graduan berkaliber yang antaranya telah menjadi Perdana Menteri Kanada dan Fiji serta seorang pemenang Anugerah Nobel 2015 bagi bidang Fizik iaitu Arthur McDonald.
Oleh itu, prospek kerjasama yang diintai diharap bukan saja terhad kepada dua bidang tersebut tetapi merangkumi bidang-bidang lain bersama semua universiti awam Malaysia melibatkan penyelidikan, inovasi, penerbitan, mobiliti pelajar dan tenaga pengajar, serta lain-lain lagi.
Tambah beliau, KPT turut memperkenalkan beberapa inisiatif dan program yang dijangka dapat menarik minat para pelajar antarabangsa ke Malaysia selaras dengan misi menjadikan negara ini sebagai Hab Pendidikan Tinggi Global.
YB Menteri berada di Kanada bagi menghadiri Persidangan Parlimen Negara-Negara Komanwel (CPC) ke-65 di Halifax bermula 20 hingga 26 Ogos 2022 anjuran Persatuan Parlimen Negara-Negara Komanwel (CPA).
Date
Collection
Citation
“KPT Teroka Kolaborasi Penyelidikan Kelestarian Laut Dan Sekuriti Makanan Dengan Universiti Dalhousie,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/310.