For The Sake Of UiTM, A 12,837 KM Journey Was Made To Ensure The GRU Is Real

Title

For The Sake Of UiTM, A 12,837 KM Journey Was Made To Ensure The GRU Is Real

Description

I am always optimistic, but I am also realistic. The path to achieving GRU2025 is not through sitting around in my office, nor is it through faculty and campus work alone. Resounding success must be achieved through great design. On behalf of UiTM, I travelled 12,837 km and more than 20 hours from Malaysia to Canada to achieve our common goal. I cannot just stand by or be idle. As Vice-Chancellor of UiTM, I must lead, drive and act together with the entire Keluarga UiTM.
Our relationship with the University of Ottawa (uOttawa) in Canada began on 25 May 2022, when Professor Dr Jacques Frémont, President and Vice-Chancellor of uOttawa, arrived on an official visit to establish a collaboration with UiTM and to get to know this university first-hand. This is an honour for us, because it shows how serious uOttawa is about getting to know the institution with which it will enter a collaboration.
This is followed by thorough planning and coordination to realise collaboration in the form of staff and student mobility programmes, sabbatical programmes and industry networks including academic, research and consultancy activities. Moved by uOttawa's commitment, I asked that the Memorandum of Understanding be held as a return visit to uOttawa and as a signal that we too are serious and committed to this matter, which will enhance the reputation of UiTM through programmes that are undoubtedly designed to overcome all "3 degrees of separation".
At the ceremony held at the Alex Trebek Alumni Hall, the signing of the Memorandum of Understanding between UiTM and uOttawa was witnessed by Her Excellency Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Malaysian High Commissioner to Canada.
This collaboration will also provide more opportunities for students to gain experience and learn about different aspects of culture, economics, education, and ecology in other countries, especially if these potential Canadian universities of excellence provide opportunities for collaboration in areas such as engineering, telecommunications, environmental sciences, music and language. In addition to uOttawa, we also visited George Brown College and the University of Carleton. Since we are here, we should take every opportunity to ensure that the UiTM brand is recognised and remembered by them.
UOttawa has state-of-the-art facilities and more than 1,1100 teaching and research labs. At UiTM, we have launched a shared laboratories (Co-Labs) initiative across 34 campuses in Malaysia to optimise laboratory functions equipped with the latest technology and equipment to enhance research and innovation activities at the university with the participation of strategic partners such as uOttawa.
Thank you for your kind and great hospitality, Professor Dr Jacques Frémont and the people of uOttawa. Our thanks also to the High Commissioner of Malaysia to Canada, George Brown College, and the University of Carleton. Our heartfelt thanks also go to the YB Minister of Higher Education and the Ministry of Higher Education in Malaysia who have always supported the efforts of UiTM. ~RT
DEMI UiTM, PENGEMBARAAN SEJAUH 12,837KM KE KANADA UNTUK PASTIKAN GRU ITU BENAR
Saya sentiasa optimis, tetapi saya realistik. Oleh itu, laluan untuk mencapai GRU2025 bukan hanya duduk di pejabat saya sahaja, ataupun melalui kerja-kerja di fakulti dan kampus sahaja. Kejayaan yang memberi impak mestilah melalui reka bentuk yang hebat. Atas nama UiTM saya mengembara sejauh 12,837km dan lebih 20 jam perjalanan dari Malaysia ke Kanada untuk merealisasikan matlamat kita bersama. Saya tidak boleh hanya melihat ia berlaku atau menjadi sebahagian daripadanya. Sebagai Naib Canselor UiTM, saya mesti memimpin, memacu dan bertindak bersama-sama dengan seluruh Keluarga UiTM.
Kolaborasi kita bersama University of Ottawa (Uottawa) Canada bermula pada 25 Mei 2022 apabila Professor Dr Jacques Frémont, Presiden and Naib Canselor Uottawa turun padang bersama delegasi beliau mengadakan kunjungan rasmi dengan niat menjalinkan kerjasama dengan UiTM dan melihat sendiri universiti ini dari kaca mata beliau sendiri. Ini adalah suatu penghormatan buat kita yang menunjukkan betapa Uottawa serius dalam mengenali dengan lebih rapat institusi yang bakal mereka jalinkan persahabatan.
Dari situ perancangan yang teperinci dan koordinasi digerakkan bersama untuk merealisasikan kolaborasi bagi program mobiliti kakitangan dan pelajar, program sabatikal dan rangkaian industri yang merangkumi aktiviti akademik, penyelidikan dan perundingan. Terharu dengan komitmen yang dizahirkan Uottawa saya meminta UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk pastikan MoU dilangsungkan di Uottawa sebagai lawatan balas sekaligus memberi isyarat yang kita juga serius dan komited dalam hal ini yang akan mempertingkatkan reputasi UiTM menerusi program-program yang pastinya telah direka bentuk untuk melepasi setiap lapisan “3 degrees of separation”.
Pada majlis yang berlangsung di Alex Trebek Alumni Hall pemeteraian MoU di antara UiTM dan uOttawa disaksikan oleh Puan Yang Terutama Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada.
Kerjasama ini juga bakal menyediakan lebih peluang kepada pelajar bagi memperolehi pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai aspek budaya, ekonomi, pendidikan, dan ekologi di negara lain lebih-lebih lagi apabila potensi universiti di Kanada yang cemerlang rekodnya membolehkan peluang kerjsama pelbagai bidang seperti kejuruteraan, telekomunikasi, sains alam sekitar, muzik dan bahasa boleh dijadikan tumpuan bersama. Untuk itu, selain uOttawa, saya bersama delegasi yang terlibat turut ke George Brown College dan University of Carleton. Alang-alang berada di sini, kita lebarkan dan maksimakan peluang yang ada semoga nama UiTM terpahat di minda mereka.
Uottawa dilengkapi dengan kemudahan terkini dan lebih 1,1100 makmal pengajaran dan penyelidikan sedia untuk dimanfaatkan. Di UiTM kita telah gerakkan inisiatif makmal sepunya di 34 kampus seluruh Malaysia bagi mengomptimumkan fungsi makmal yang sememangnya dilengkapi dengan teknologi dan peralatan terkini yang akan merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi di universiti dengan penglibatan bersama rakan strategik seperti uOttawa.
Terima kasih Professor Dr Jacques Frémont serta warga uOttawa atas layanan mesra yang diberikan. Terima Kasih juga buat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada, George Brown College dan University of Carleton dan penghargaan khas buat YB Menteri Pengajian Tinggi serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang sentiasa menyokong usaha-usaha UiTM. ~RT

Files

300873124_186714103752420_1227620084160225326_n.jpg
300944831_186714150419082_8903522885993652477_n.jpg
300949818_186714203752410_7260702122050957633_n.jpg
300958675_186714127085751_9206203592099140459_n.jpg
300961421_186714230419074_7158609130764015523_n.jpg
301041842_186714177085746_8677174204544278533_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“For The Sake Of UiTM, A 12,837 KM Journey Was Made To Ensure The GRU Is Real,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/309.

Output Formats

Geolocation