Naib Canselor Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM)

Title

Naib Canselor Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM)

Description

Pada 25 Januari 2023, saya diiringi delegasi telah ke Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk satu kunjungan hormat bagi membincangkan mengenai cadangan kerjasama strategik di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan IIM dalam pembudayaan agenda Integriti dan Governans dalam kalangan warga universiti. Saya serta pasukan telah disambut oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif serta pengurusan tertinggi Institut Integriti Malaysia (IIM).
Hasil daripada pertemuan itu, beberapa persetujuan berjaya dicapai serta membuka ruang dan peluang kepada UiTM untuk berkolaborasi dengan pihak IIM. Antaranya ialah Projek Rintis Pembangunan Integriti Mahasiswa, Professional Integrity Internship Program (PIIP), Kajian Indeks Persepsi Mahasiswa berkaitan Integriti dan Tata Kelola, Program Kerjasama Pusat Ilmu dan Knowledge Management Center (KMC) dan penglibatan staf UiTM sebagai Auditor Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA).
Saya berharap kerjasama strategik ini akan membuahkan hasil dalam meningkatkan pembudayaan integriti dan tadbir urus dalam kalangan warga universiti.

Date

Files

326187881_849653046104585_4076053736208488928_n.jpg
326479795_871176060769886_292464305084126762_n.jpg
327210829_1262852951111366_7737816671167600756_n.jpg
327264017_3593745074173921_5965012079642370453_n.jpg
327446645_3467593480183669_5523194582411058143_n.jpg
327565581_715083270114210_8165659835472386770_n.jpg
327909944_1263499250870035_6273113393857110570_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/432.

Output Formats

Geolocation