Dr. Normah Is The First Woman Conferred The Emeritus Professor Title From UiTM

305768729_190224186734745_6200041220147770932_n.jpg
304682834_190224203401410_8372534484499696875_n.jpg

Title

Dr. Normah Is The First Woman Conferred The Emeritus Professor Title From UiTM

Description

Dr Normah Haji Omar was conferred the title of Emeritus Professor by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, during the First Session of the 94th UiTM Convocation Ceremony. This title recognises her contributions and dedication during her time at UiTM.
The first woman conferred with the title of Emeritus Professor from UiTM, Dr Normah has received several international awards and accolades including first place in the 2020 Most Influential Woman in Islamic Business and Finance at the Womani Awards by Cambridge IFA, UK. In 2019, she came second and in 2018, she came tenth in the same award category. She also received the prestigious 2019 Lifetime Achievement Award at the Global Islamic Finance Awards (GIFA) and the 2017 GIFA Special Award for Islamic Finance Criminology Advocacy from Edbiz Consulting, UK, and the 2017 ACQ Gamechanger Award from ACQ London, UK. She is a pioneer researcher in the field of Islamic Financial Criminology, and her contribution and dedication have helped Malaysia achieve its goal of becoming a centre for Islamic finance.
In 2010, while at UiTM, she also succeeded in elevating the status of the Accounting Research Institute (ARI) to a Centre of Excellence for a Higher Education Institute (Hi-CoE) with a focus on Islamic Finance. She is not only an influential consulting expert at home and abroad, but also a mentor to many academics, especially in the field of Islamic Financial Criminology.
In this regard, the entire Keluarga UiTM congratulates Dr Normah Haji Omar on her conferment as the fifth Emeritus Professor of UiTM. ~RT
DR NORMAH MERUPAKAN WANITA PERTAMA DIANUGERAHKAN GELARAN PROFESOR EMERITUS DARI UiTM
Pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dr Normah Haji Omar. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di UiTM.
Sebagai wanita pertama yang dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus dari UiTM, Dr. Normah telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa antaranya tempat pertama Wanita Paling Berpengaruhi dalam Perniagaan dan Kewangan Islam 2020 dalam acara Womani Awards oleh Cambridge IFA, UK. Pada tahun 2019 beliau berada di kedudukan yang kedua sementara pada tahun 2018 di kedudukan sepuluh teratas dalam kategori anugerah yang sama. Beliau juga pernah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Berprestij 2019 di Global Islamic Finance Awards (GIFA), Anugerah Khas GIFA untuk Advokasi Kriminologi Kewangan Islam 2017 oleh Edbiz Consulting, UK dan Anugerah ACQ Gamechanger 2017 oleh ACQ London, UK. Beliau adalah penyelidik perintis dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam di mana sumbangan dan kesungguhan beliau telah berjaya mencapai aspirasi Malaysia sebagai hab kewangan Islam.
Pada 2010 semasa berkhidmat di UiTM, beliau juga telah berjaya menaikkan status Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) ke taraf Pusat Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (Hi-CoE) yang memfokuskan kepada bidang Kewangan Islam. Selain menjadi pakar rujuk yang berpengaruh di dalam dan luar negara, beliau juga adalah mentor kepada ramai ahli akademik khususnya dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam.
Sehubungan itu, seluruh Keluarga UiTM mengucapkan tahniah kepada Dr. Normah Haji Omar atas penganugerahan beliau sebagai Profesor Emeritus UiTM yang kelima. ~RT

Source


Date

Collection

Citation

“Dr. Normah Is The First Woman Conferred The Emeritus Professor Title From UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 4, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/328.

Output Formats

Geolocation