More American Fulbrighters Are Welcome To Collaborate With UiTM Researchers

Title

More American Fulbrighters Are Welcome To Collaborate With UiTM Researchers

Description

On 7 September, I was very pleased to receive a courtesy visit from the Executive Director of MACEE, Mr Curtis Johnson, to further strengthen the current and future cooperation with Universiti Teknologi MARA.

The Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) was established in 1963 as a bi-national commission for Malaysia and the United States to promote educational exchange between the two countries. Today, MACEE hosts two important divisions: the Fulbright Programme and US-Malaysia Education.

At the meeting, Associate Professor Dr Fazah Akhtar Hanapiah, Dean of the Faculty of Medicine, and Associate Professor Dr Thuhairah Hasrah Abdul Rahman, Deputy Dean (Research & Innovation), also introduced me to Ms Moriah Espanola Jackson, an American Fulbright Scholar currently under the supervision of Associate Professor Dr Heo Chong Chin, Director of the Institute of Medical Molecular Biotechnology (IMMB), and Associate Professor Dr Razuin Rahimi as well as Associate Professor Dr Navindra Kumari as Co-researcher.

Ms Moriah Espanola Jackson worked at the UiTM IMMB in medical entomology research for six months. Her research project “Isolation of Pathogens from Filth Flies in Selangor, Malaysia” involved three different ecoregions ; an urban park, a poultry farm and a lanfill which was carried out in collaboration with UiTM, National Institute of Health (NIH) Malaysia and University of Nothingham, Malaysia campus.

Prior to her arrival, she had communicated with Dr Razuin and read her research papers, which influenced her decision to come to UiTM to further her interest in forensic research.
It is hoped that this meeting will lead to more "Malaysian Fulbrighters" - Malaysian grant recipients who are given the opportunity to continue their studies and research at universities in the United States. Similarly, American Fulbrighters visiting Malaysia and UiTM in particular are here to participate in or conduct their academic and research programmes with Keluarga UiTM. This scholarship programme is announced every year from March to October. ~RT

LEBIH RAMAI FULBRIGHTER AMERIKA DIALU-ALUKAN UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PENYELIDIK UiTM.
Pada 07 September saya amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Pengarah Eksekutif MACEE, Encik Curtis Johnson bertujuan memperkukuhkan kolaborasi sedia ada dan masa hadapan bersama dengan Universiti Teknologi MARA.

Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) telah ditubuhkan pada 1963 sebagai suruhanjaya binasional untuk Malaysia dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan pertukaran pendidikan antara kedua-dua negara. Hari ini, MACEE menempatkan dua bahagian penting: program Fulbright dan pendidikan antara USA-Malaysia.

Dalam pertemuan ini, Profesor Madya Dr Fazah Akhtar Hanapiah, Dekan Fakulti Perubatan dan Profesor Madya Dr Thuhairah Hasrah Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) turut memperkenalkan Cik Moriah Espanola Jackson, American Fulbright Scholar yang kini di bawah penyeliaan bersama oleh Profesor Madya Dr Heo Chong Chin, Pengarah Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB) dan Profesor Madya Dr Razuin Rahimi serta Profesor Madya Dr Navindra Kumari sebagai Penyelidik bersama.

Cik Moriah Espanola Jackson terlibat dalam penyelidikan entomologi perubatan selama enam bulan di IMMB. Projek penyelidikan beliau “Isolation of Pathogens from Filth Flies in Selangor, Malaysia” melibatkan tiga kawasan eko berbeza; taman bandar, ladang ayam dan tapak pelupusan sampah yang dilaksanakan dengan kerjasama UiTM, Institut Kesihatan Negara (NIH) Malaysia dan Universiti Nothingham, kampus Malaysia.

Sebelum datang ke Malaysia, beliau telah berkomunikasi dan membaca kajian yang dihasilkan oleh Dr Razuin dan akhirnya membuat keputusan memilih UiTM untuk mendalami kajian forensik.
Semoga pertemuan ini dapat menzahirkan hasrat lebih ramai “Malaysian Fulbrighters” - iaitu penerima geran Malaysia yang ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran dan kerja penyelidikan di universiti di seluruh America Syarikat. Begitu juga sebaliknya American Fulbrighters yang datang ke Malaysia, khususnya UiTM untuk bersama-sama menyertai atau menjalankan program akademik dan penyelidikan mereka dengan Keluarga UiTM. Biasiswa program ini lazimnya dihebahkan dari Mac hingga Oktober setiap tahun.~RT

Source


Date

Files

286957999_190462643377566_3481227850953059161_n.jpg
306359330_190462356710928_2995891860561337585_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“More American Fulbrighters Are Welcome To Collaborate With UiTM Researchers,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 27, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/329.

Output Formats

Geolocation