Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans, dan Antirasuah (AIGA 2022) yang dihadiri Naib Canselor UiTM

326199976_6199426723435403_204050750556081907_n.jpg
325978472_719375289556625_7298706467362723091_n.jpg
326214739_588999013239644_6797728067850491904_n.jpg
326496255_3035217143448345_5422826090124062060_n.jpg

Title

Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans, dan Antirasuah (AIGA 2022) yang dihadiri Naib Canselor UiTM

Description

Buat pertama kalinya, pada tahun 2022, Institut Integriti Malaysia (IIM) memperkenalkan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) sebagai satu mekanisme pengukuran kepada komitmen, usaha dan keberkesanan dalam pengamalan integriti dan tata kelola terbaik di dalam sesebuah organisasi seluruh negara. Terdapat tiga kategori anugerah AIGA iaitu kategori Perak, Emas, dan Platinum. Pada 18 Januari 2023, satu Majlis Penyampaian AIGA 2022 diadakan di Dewan Auditorium IIM, Kuala Lumpur, dan telah dirasmikan Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, yang hadir bagi mewakili YAB Perdana Menteri. Saya telah dijemput ke majlis ini, dan menyaksikan pelancaran AIGA 2022 juga disempurnakan Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Harapan saya, UiTM melalui tindakan Unit Integriti dapat menyertai dan tercalon untuk Majlis AIGA 2023 dan untuk tahun-tahun seterusnya. Majlis ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, dan para dif kehormat.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Integrity, Governance, and Anti-Corruption Award Presentation Ceremony (AIGA 2022) attended by the Vice-Chancellor of UiTM
For the first time, in 2022, the Malaysian Institute of Integrity (IIM) introduced the Integrity, Governance and Anti-Corruption Award (AIGA) as a measurement mechanism for commitment, effort and effectiveness in the practice of integrity and best governance in an organization nationwide. There are three categories of AIGA awards, namely the Silver, Gold, and Platinum. On 18 January 2023, an AIGA 2022 Presentation Ceremony was held at the IIM Auditorium Hall, Kuala Lumpur, and was officiated by Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Deputy Prime Minister, who represented the Prime Minister. I was invited to this ceremony, and witnessed the launching of AIGA 2022 by Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. My hope was that, UiTM through the actions of the Integrity Unit could participate and be nominated for the AIGA Ceremony 2023 and for years to come. Also present at the ceremony were the Chief Secretary to the Government cum IIM Chairman, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, IIM Chief Executive Officer, Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, and honorary dignitaries.

Date

Collection

Tags

Citation

“Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans, dan Antirasuah (AIGA 2022) yang dihadiri Naib Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 25, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/424.

Output Formats

Geolocation