Naib Canselor UiTM Dijemput Menghadiri Amanat Perdana Menteri, Yab Dato’ Seri Anwar Ibrahim “Membangun Malaysia MADANI”

324866100_485724780421539_3566926115423798062_n.jpg
324934381_1232691730665877_5200201660059882168_n.jpg
325412372_1667557183659709_3065823152527037325_n.jpg
325883453_500147578917800_774115822284112077_n.jpg

Title

Naib Canselor UiTM Dijemput Menghadiri Amanat Perdana Menteri, Yab Dato’ Seri Anwar Ibrahim “Membangun Malaysia MADANI”

Description

Pada 19hb Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat beliau, mengenai topik membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara MADANI. Saya dijemput menghadiri amanat Perdana Menteri yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dan bersama menekuni ucapan amanat beliau mengenai Malaysia MADANI.
Malaysia MADANI adalah frasa yang merujuk kepada agenda pembinaan negara bangsa yang maju dari sudut pemikiran, kerohanian dan kebendaan, serta berusaha menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat oleh kerajaan Malaysia sekarang. Terdapat enam rukun dalam pembinaan Malaysia Madani iaitu, kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Menurut Dato’ Seri Anwar, enam rukun tersebut adalah matlamat kerajaan hari ini untuk merubah Malaysia, dan kata kuncinya adalah MADANI yang asasnya terbina atas dasar ketelusan, kerjasama dan kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat. Selari dengan hasrat kerajaan, UiTM mengalu-alukan konsep MADANI ini untuk digarap ke dalam aspirasi GRU2025.
--------------------------------------------------------------------------------------------
VICE-CHANCELLOR OF UITM INVITED TO THE PRIME MINISTER’S MANDATE, YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM “DEVELOPING MALAYSIA MADANI”
On 19th January 2023, the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim delivered his message on the topic of reclaiming Malaysia as a MADANI nation. I was invited to attend the Prime Minister's address held at the Putrajaya International Convention Centre (PICC), and listened to his speech attentively on Malaysia MADANI.
Malaysia MADANI is a phrase referring to the agenda of building a developed nation-state from the perspective of thinking, spirituality and materiality, as well as striving to inculcate the noble values of family in the formation of society by the current Malaysian government. There are six pillars in the development of Malaysia MADANI which are, sustainability, well-being, inventiveness or innovative, respect, confidence and courtesy. According to Dato' Seri Anwar, the six pillars are the goal of the government today to transform Malaysia, and the key word is MADANI which is fundamentally built on the basis of transparency, cooperation and trust between the government and the people. In line with the government's goal, UiTM welcomes the MADANI concept to be incorporated into the aspirations of GRU2025.

Date

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor UiTM Dijemput Menghadiri Amanat Perdana Menteri, Yab Dato’ Seri Anwar Ibrahim “Membangun Malaysia MADANI”,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/425.

Output Formats

Geolocation