Naib Canselor UiTM Menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022 Dan Majlis Penutup Festival Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022

326496260_613758247221642_6719452266796730544_n.jpg
325405308_1552375941840781_6255183929933216746_n.jpg
326263887_488028190168328_5001426642377527996_n.jpg
326801855_567370521949297_255133642258256398_n.jpg
327357010_1377610633075978_2501230650112038293_n.jpg

Title

Naib Canselor UiTM Menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022 Dan Majlis Penutup Festival Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022

Description

Pada 19 Januari 2023, saya telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kelestarian Kampus Hijau (AKKH) UiTM 2022, dan Penutupan bagi Festival Kelestarian Kampus Hijau (FKKH) UiTM 2022. Kedua-dua majlis ini dianjurkan UiTM Green Centre (UGC), dan diadakan di Anjung Seri Budiman (Dewan Annexe), UiTM Shah Alam. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada individu atau kumpulan yang telah memberikan sumbangan besar dalam mempromosikan kelestarian di kampus UiTM. Terdapat lima kategori bagi AKKH 2022 yang mewakili pelajar, staf, fakulti, kampus dan PTJ. Majlis penyampaian anugerah AKKH ini diakhiri dengan majlis penutupan festival FKKH UiTM 2022.
FKKH UiTM 2022 yang telah berlangsung selama dua bulan bermula dari 1 November hingga 31 Disember 2022 dengan bertemakan “Gaya Hidup Lestari dan Sihat”, adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar, menggalakkan amalan lestari di kampus UiTM, dan mengiktiraf sumbangan Sustainability Warrior yang aktif menjayakan aktiviti kelestarian dan penarafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Turut hadir di kedua-dua majlis ini ialah wakil rakan strategik daripada Kloth Malaysia Sdn Bhd, KDEB Waste Management, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Jabatan Perancangan dan Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Malaysia Sustainable University Campus Network (MySUN), Fathopes Energy, Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), Avisena Specialist Hospital dan Sekolah Kebangsaan Saujana Utama.
Majlis ini juga meraikan pra-pelancaran bagi Laporan Kelestarian Alam Sekitar (ESR), Pelan Strategik Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022-2025, Rangka Tindakan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 dan Pengenalan kepada Program “No Single Use Plastic” (SUP). Melihat kepada penganjuran FKHH yang kedua kalinya dan kolaborasi yang erat antara UGC dan rakan strategik, saya berharap aktiviti seumpamanya dapat diteruskan sebagai bukti komitmen sokongan yang berterusan di kalangan warga UiTM bagi merealisasikan Agenda Kelestarian Universiti dan memacu UiTM untuk menjadi Globally Renowned University (GRU) menjelang tahun 2025.
---------------------------------------------
VICE-CHANCELLOR UITM OFFICIATED THE PRESENTATION CEREMONY OF THE UITM GREEN CAMPUS SUSTAINABILITY AWARD 2022 AND THE CLOSING CEREMONY OF THE UITM GREEN CAMPUS SUSTAINABILITY FESTIVAL 2022 (FKKH UITM 2022)
On 19 January 2023, I officiated the UiTM Green Campus Sustainability Award (AKKH) Presentation Ceremony 2022, and the closing for the UiTM Green Campus Sustainability Festival (FKKH) 2022. Both events were organized by UiTM Green Centre (UGC), and held at Anjung Seri Budiman (Annexe Hall), UiTM Shah Alam. The main purpose of this event was to reward individuals or groups who have made significant contributions in promoting sustainability at the UiTM campus. There were five categories for AKKH 2022 which represented students, staff, faculty, campus and PTJ. The AKKH award presentation ceremony ended with the closing ceremony of the FKKH UiTM 2022 festival.
FKKH UiTM 2022, which was held for two months from 1 November to 31 December 2022 with the theme "Sustainable and Healthy Lifestyle", was raising awareness on the importance of preserving the environment, promoting sustainable practices at UiTM campus, and recognizing the contribution of Sustainability Warrior which was actively involved in the success of sustainability and rating activities at the national and international levels. Present at both events were representatives from Kloth Malaysia Sdn Bhd, KDEB Waste Management, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB), Department of Environment (DOE), Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Planning Department and Department of Solid Waste and Public Cleansing Shah Alam City Council (MBSA), Malaysia Sustainable University Campus Network (MySUN), Fathopes Energy, Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), Avisena Specialist Hospital and Sekolah Kebangsaan Saujana Utama.
The events also celebrated the soft launch of the Environmental Sustainability Report (ESR), the UiTM Green Campus Sustainability Strategic Plan 2022-2025, the Low Carbon Cities Challenge Blueprint 2030 and the Introduction to the “No Single Use Plastic” (SUP) Program. Observing at the returning effort of second FKHH event and the close collaboration between UGC and its strategic partners, I hoped that such activities could remain as evidence of the continued commitment and support among UiTM staff to realize the University's Sustainability Agenda and drove UiTM to become Globally Renowned University (GRU) by 2025.

Date

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor UiTM Menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022 Dan Majlis Penutup Festival Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/430.

Output Formats

Geolocation