Penutupan Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2023 Telah Disempurnakan Oleh Naib Canselor UiTM

324189257_557458006266508_2601796636217901885_n.jpg
325509628_908846686935991_446763473744476327_n.jpg
325847729_580975060114409_4812327942226028699_n.jpg
326792364_718573903182855_7907473359991082146_n.jpg

Title

Penutupan Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2023 Telah Disempurnakan Oleh Naib Canselor UiTM

Description

Pada 21 Januari 2023, saya telah merasmikan majlis penutupan Kejohanan Sukan antara Fakulti (SAF) 2023 yang diadakan secara fizikal pasca pandemik di Stadium UiTM Shah Alam setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019. Kejohanan SAF kali ini bermula pada 6 Januari hingga 21 Januari 2023 bertempat di UiTM Shah Alam. Seramai 6959 orang atlet dan pegawai serta sukarelawan dari 17 buah fakulti UiTM Shah Alam dan UiTM cawangan Selangor telah terlibat dalam 22 acara sukan berpasukan dan individu. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Jaring, Ragbi 10 sebelah, Bola Sepak 5 sebelah, Bola Tampar, Badminton, Bola Baling, Tenis, Memanah, dan acara E-Sports PlayerUnknown BattleGrounds (PUBG) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Saya berharap pelajar UiTM sentiasa aktif dan cergas dalam kegiatan sukan, dan dapat menghidupkan semula suasana “Sporting Campus” melalui penganjuran kejohanan sukan seumpamanya. Saya akan memastikan UiTM melalui Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar peka dengan keperluan aktiviti sukan pelajar, memberikan galakan berterusan kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam kegiatan sukan kampus, dan seterusnya, membentuk satu budaya masyarakat kampus berkualiti cergas dan sihat.
Penganjuran aktiviti sukan ini menyumbang kepada pencapaian 80% Happiness Index melalui teras strategik yang memacu ke arah UiTM sebagai universiti terkemuka dunia menjelang tahun (GRU2025). Paling utama dalam penganjuran kejohanan sukan sebegini, UiTM dapat mengenal pasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan bagi mewakili universiti, di samping menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ketiga, iaitu “Good Health and Well-being”.
--------------------------------------------------
THE CLOSING OF THE INTER-FACULTY SPORTS TOURNAMENT 2023 WAS OFFICIATED BY THE VICE-CHANCELLOR OF UITM
On 21 January 2023, I officiated the closing ceremony of the 2023 Inter-faculty Sports Championship (SAF) which was held physically post-pandemic at UiTM Shah Alam Stadium after it was last held in 2019. The SAF tournament was held from 6 January to 21 January 2023 at UiTM Shah Alam. A total of 6959 athletes, officers, and volunteers from 17 faculties of UiTM Shah Alam and UiTM Selangor branch were involved in 22 team and individual sports events. Among the sporting events contested are Netball, 10-sided Rugby, 5-sided Football, Volleyball, Badminton, Handball, Tennis, Archery, and E-Sports PlayerUnknown BattleGrounds (PUBG) and Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tournaments.
I hoped that UiTM students would actively involve in sports activities, and could revitalize the "Sporting Campus" atmosphere through the organization of sports tournaments of its kind. I could assure that UiTM through the Student Affairs Sports Centre to be aware of the needs of students' sports activities, to provide continuous encouragement to students to participate in campus sports activities, and in turn, to form a culture of vibrant and healthy quality campus community.
This sports activity did contribute to the achievement of the 80% Happiness Index through the strategic thrust that drove towards UiTM as the world's leading university by the year (GRU2025). Most notably in organizing such sports tournaments, UiTM was able to identify potential new talents to be highlighted to represent the university, while supporting the third Sustainable Development Goals (SDGs), namely "Good Health and Well-being".

Date

Collection

Tags

Citation

“Penutupan Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2023 Telah Disempurnakan Oleh Naib Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/429.

Output Formats

Geolocation