Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023 UiTM Kembali Bersinar

Title

Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023 UiTM Kembali Bersinar

Description

SHAH ALAM, 21 JANUARI 2023 – Kejohanan Sukan antara Fakulti (SAF) 2023 kini kembali bersinar secara fizikal setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019 akibat dari Pendemik Covid yang melanda negara. Majlis perasmian penutup SAF 2023 telah diadakan pada hari ini di Stadium UiTM Shah Alam dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pada edisi kali ini, UiTM Shah Alam telah menjemput kesemua fakulti dari UiTM Cawangan Selangor kampus Puncak Alam, kampus Puncak Perdana, kampus Dengkil dan kampus Sungai Buloh bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Kejohanan SAF bermula pada 6 Januari hingga 21 Januari 2023 bertempat di UiTM Shah Alam. Seramai 6959 orang atlet dan pegawai serta sukarelawan dari 17 buah fakulti UiTM Shah Alam dan UiTM cawangan Selangor telah terlibat dalam pertandingan tersebut.

Date

Files

SAF-2-768x512.jpg
SAF-1-768x512.jpg
SAF-4-768x512.jpg

Collection

Tags

Citation

“Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023 UiTM Kembali Bersinar,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/428.

Output Formats

Geolocation