Majlis Pelancaran Buku “NAK FOUR FLAT TAK?” Oleh Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM

Title

Majlis Pelancaran Buku “NAK FOUR FLAT TAK?” Oleh Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM

Description

Buku “NAK FOUR FLAT TAK?” adalah yang terbaru dikeluarkan Tn Hj Md Taib Mat, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi NLP Malaysia (ANLPM). Beliau juga merupakan Trainer ANLPM. Pelancaran buku ini telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor. Saya dapat merasakan bahawa buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan motivasi dan didampingi pelajar sepanjang keberadaan mereka di menara gading.
Kandungan buku ini terdiri daripada pelbagai kaedah Neuro-Linguistic Programmimg (NLP), teknik dan penunjuk cara yang boleh membantu pelajar dalam keadaan senang mahupun sukar. Terdapat 400 soalan coaching kendiri untuk merangsang minda dan mengkondisi diri. Ruang jurnal untuk merekod perjalanan sewaktu di institusi pengajian tinggi dan tip prestasi puncak diri juga diberikan.
Bagi para pelajar yang benar-benar ingin meneroka dan masuk jauh ke dalam diri dan mencungkil potensi diri mereka, buku ini adalah jawapannya. Ianya sangat sesuai untuk semua pelajar di institusi pengajian tinggi.
------------------------------------------------------------------------------------------
THE LAUNCH OF THE BOOK "NAK FOUR FLAT TAK?" BY PROFESSOR DATUK TS DR HAJAH ROZIAH MOHD JANOR, VICE-CHANCELLOR OF UiTM
The book "NAK FOUR FLAT TAK?" is the latest released by Tn Hj Md Taib Mat, Chief Executive Officer of the NLP Academy of Malaysia (ANLPM). He is also an ANLPM Trainer. The launch of the book was carried out by The Honorable Professor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor. I can feel that this book is suitable as a motivational reference material and acts as a companion for students throughout their existence in the ivory tower.
The content of this book consists of various methods of Neuro-Linguistic Programming (NLP), techniques and indicators of ways that can help students in calm and difficult situations. 400 self-coaching questions are ready to stimulate the mind and self-conditioning. A journal space to record the student’s life journey while at higher learning and self-peak performance tips are also provided.
For students who really want to explore and get deep into themselves and unearth their potential, this book is the answer. It is ideal for all students in higher learning institutions.

Date

Files

324248395_842358527046826_5813988114268918574_n.jpg
324575780_588255516472523_3140424783532787701_n.jpg
325333802_999753067653538_1764648638571323720_n.jpg
325378574_958572171786790_526835029212954777_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Pelancaran Buku “NAK FOUR FLAT TAK?” Oleh Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/417.

Output Formats

Geolocation