Kunjungan Hormat Kelab Rifel Dan Penempak Kuala Lumpur Ke Pejabat Naib Canselor UiTM

325294825_3263042160673673_6431203963263439273_n.jpg

Title

Kunjungan Hormat Kelab Rifel Dan Penempak Kuala Lumpur Ke Pejabat Naib Canselor UiTM

Description

Pada 12 Januari 2023, saya menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli Kelab Rifel dan Penembak Kuala Lumpur (KLRSC) yang diiringi Pendaftar UiTM, Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin. Ahli-ahli Kelab yang hadir adalah Mejar Jeneral Azman bin Selamat, Dato’ Sri Dr Rashid Ali, Encik Mohd Noor bin Esa, Encik Aziz bin Dato’ Abu Bakar, dan Encik Rieman bin Sharul. Tujuan lawatan ini diadakan adalah membincangkan tentang sukan menembak sebagai aktiviti riadah staf dan MEU (untuk latihan menembak), pelajar (memperkenalkan 2 jam kredit untuk pelajar Kesatria belajar menembak air pistol dan .9mm pistol), menambahbaik lapang sasar UiTM, mencadangkan lapang sasar baru di Kampus Puncak Alam, membangunkan, mereka bentuk dan mengendalikan lapang sasar UiTM di lapang sasar yang berada di Shah Alam dan Puncak Perdana. Perbincangan ini juga mengambil cadangan DSDR Kooperasi Pesara Dialisis Rakyat mewujudkan pusat dialisis dengan 5 atau 10 mesin dialisis di Pusat Kesihatan, khas untuk warga UiTM dan ahli keluarga, serta memberikan kerjasama mewujudkan pusat dialisis di kampus tertentu.
KLRSC adalah sebuah kelab menembak yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kelab ini memberi tumpuan kepada mempromosikan sukan menembak yang selamat dan bertanggungjawab di kawasan setempat, serta menyediakan latihan dan kemudahan untuk ahli mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menembak. Kelab ini terlibat dalam sukan menembak kompetitif, seperti dalam sukan Olimpik dan Komanwel, dan aktiviti menembak untuk rekreasi. KLRSC juga berdedikasi untuk memberikan pendidikan dan latihan bagi masyarakat umum mengenai penggunaan senjata api yang selamat dan bertanggungjawab. Kelab ini terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk belajar atau mengambil bahagian dalam sukan menembak.

Date

Collection

Tags

Citation

“Kunjungan Hormat Kelab Rifel Dan Penempak Kuala Lumpur Ke Pejabat Naib Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/418.

Output Formats

Geolocation