Program UiTM Embracing Challenges: A Globally Marketable University Dan Ucapan Aspirasi Oleh Naib Canselor

Title

Program UiTM Embracing Challenges: A Globally Marketable University Dan Ucapan Aspirasi Oleh Naib Canselor

Description

Pada 8 Februari 2023, saya bersama Pengurusan Eksekutif Universiti, Ketua Pustakawan, Penolong Naib Canselor, Rektor Kampus Cawangan, Dekan Fakulti, Dekan Kolej Pengajian, Pengarah / Ketua Jabatan / Ketua Bahagian, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, Ketua Timbalan Pendaftar, Ketua Timbalan Bendahari dan Wakil Anak Syarikat Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghadiri satu program “UiTM Embracing Challenges: A Globally Marketable University” di Melaka. Dianggarkan seramai 214 jemputan hadir ke program tersebut. Program ini adalah anjuran Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Jabatan Komunikasi, dan diadakan selama 4 hari 2 malam bermula 8-11 Februari 2023.
Tujuan utama program diadakan adalah untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab pengurusan kanan dan pentadbir, mengukuhkan keserakanan, membuka ruang percambahan idea, dan memupuk budaya kerja proaktif dan positif yang mampu memberikan impak yang baik kepada Universiti ke arah Pelan Strategik UiTM 2025. Aturcara yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung, antaranya sesi pocket meeting, sesi Neurolinguistic Programming (NLP), solat subuh berjemaah dan kuliah subuh berkenaan kepimpinan, taklimat oleh Bahagian Transformasi Universiti (BTU), taklimat perundangan, kewangan, pertemuan eksekutif secara perseorangan di antara PTJ dan juga dengan saya sendiri. Lebih tepat jika saya katakan bahawa program kali ini seumpama satu pusat sehenti (one stop center). Setiap peserta yang mempunyai sebarang kemusykilan atau keperluan, boleh terus berjumpa PTJ berkenaan, berbincang dan mendapatkan solusinya.
Di dalam ucapan aspirasi saya pada hari pertama program, saya telah mengetengahkan pencapaian 6 tunggak utama Globally Marketable UiTM. Adalah diharapkan inisiatif-inisiatif yang dijalankan mendapat imbalan balik yang berkesan bagi memastikan para pelajar, staf (akademik dan bukan akademik), staf sokongan mencapai tahap kebolehpasaran di peringkat global, dengan penglibatan tinggi bersama industri, komuniti dan alumni.
Tidak ketinggalan juga aktiviti riadah yang melibatkan kesihatan seperti ujian tekanan (stress test), senaman zumba, dan aktiviti Jom Kudah iaitu kutip sampah sambil riadah di persisiran Pulau Melaka anjuran UiTM bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SWCorp). Aktiviti kutip sampah dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer ini, dijayakan seramai 174 peserta program. Para peserta berhasil mengutip sebanyak 8 kilogram sampah. Menerusi program ini, dapatlah memberikan nilai kesedaran dan kepekaan kepada peserta terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Kemuncak kepada program ini adalah acara Malam Sanjungan Budi, Seindah Kenangan dan Penyampaian Anugerah Pencapaian Tahun 2022 yang turut dihadiri dua orang tetamu kehormat, Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah dan Datuk Mohaiyani Shamsuddin. Majlis makan malam ini memilih tema busana klasik bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Secara keseluruhan, program ini dapat memupuk semangat kerjasama, keserakanan dan mengeratkan silaturrahim dengan banyak pihak.
UITM EMBRACING CHALLENGES PROGRAM: A GLOBALLY MARKETABLE UNIVERSITY AND ASPIRATION SPEECH BY THE VICE-CHANCELLOR
On 8 February 2023, I and the University Executive Management, Chief Librarian, Assistant Vice-Chancellor, Rector of Branch Campus, Dean of Faculty, Dean of College of Studies, Director / Head of Department / Head of Division, Senior Chief Deputy Registrar, Chief Deputy Registrar, Chief Deputy Bursar and Subsidiary Representative of Universiti Teknologi MARA (UiTM) attended a program "UiTM Embracing Challenges: A Globally Marketable University" in Melaka. An estimated 214 invitees attended the program. The program was organized by the Vice-Chancellor's Office in collaboration with the Department of Communications and was held for 4 days and 2 nights from 8-11 February 2023.
The main purposes of the program were to strengthen the roles and responsibilities of senior management and administrators, strengthen the community, open up the brainstorming space, and foster a proactive and positive work culture that can have a good impact on the University towards the UiTM Strategic Plan 2025. The program activities were conducted, including pocket meetings, Neurolinguistic Programming (NLP) sessions, congregational dawn prayer and dawn lecture on leadership, briefing by the University Transformation Division (BTU), legal briefing, finance, and the private executive meeting between PTJ and myself. It would be more accurate to say that this program is like a one-stop center. Every participant who had any concerns or needs, could go straight to the PTJ, discuss and find a solution.
In my aspirational speech on the first day of the program, I highlighted the achievements of the six main pillars of Globally Marketable UiTM. It is hoped that the initiatives carried out will be rewarded with effective returns to ensure that students, staff (academic and non-academic), and support staff achieve a global level of employability and marketability, with high engagement with industry, community, and alumni.
Not to mention the health-related recreational activities such as stress tests, zumba exercise, and Jom Kudah activities, namely garbage collection while enjoying the coast of Melaka Island were organized by UiTM together with the Melaka Historic City Council (MBMB) and the Solid Waste Management and Cleaning Corporation (SWCorp). The three-kilometer walk-long garbage collection activity was completed by 174 participants. The participants managed to collect as much as 10 pounds [8 kg] of garbage. This program could provide the participants with the value of awareness and sensitivity to cleanliness and environmental sustainability.
The highlight of the program was the Night of Sanjungan Budi, Seindah Kenangan, and the Presentation of the Achievement Award 2022, which was also attended by two guests of honor, Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah and Datuk Mohaiyani Shamsuddin. The dinner chose a classic fashion theme to enliven the occasion. Overall, this program fosters a spirit of cooperation and strengthens ties with many parties.

Date

Files

328969768_8804119452996468_552515948405263231_n.jpg
329001375_894268868475045_1919103487887151836_n.jpg
329008468_1244308436445662_7734080931723729422_n.jpg
329029481_890385095545269_8806288150644225745_n.jpg
329584585_766294174501087_9070145730545831517_n.jpg
330159980_1326379201269736_3721432995144255312_n.jpg
330783094_889162302388964_6585365163009633730_n.jpg
331097764_597162092242151_2258367394820119343_n.jpg
331139483_1130088248388364_2641003925242546520_n.jpg
331272150_1375956149866073_5716567959539210423_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Program UiTM Embracing Challenges: A Globally Marketable University Dan Ucapan Aspirasi Oleh Naib Canselor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 27, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/435.

Output Formats

Geolocation