Anugerah Tokoh Siswa

Title

Anugerah Tokoh Siswa

Description

Anugerah Tokoh Siswa yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi merupakan platform terbaik untuk memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.
Anugerah Tokoh Siswa mula diperkenalkan pada 1 Mac 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada peranan individu dan badan mahasiswa yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh universiti dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran akademik yang tinggi, sahsiah diri cemerlang dan mempunyai ciri-ciri personaliti unggul di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Pada 20 Mac 2023 bertempat di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 yang menyaksikan UiTM mahasiswa UiTM terpilih sebagai pemenang dan Top 3 seperti berikut:
1. Kluster Kepimpinan Pelajar (Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik) dimenangi oleh Aina Fariha Binti Mohamad Hussaini, Bridged Sukarelawan UiTM, UiTM Shah Alam.
2. Kluster Kepimpinan Pelajar (Top 3 - Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman) dimenangi oleh Muhammad Nashrymie Nizar Bin Mohd Samsol Zawawi, UiTM Shah Alam.
3. Kluster Pembangunan Akademik & Intelektual (Top 3 - Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek) dimenangi oleh Muhammad Isyraf Firdaus Hassim, UiTM Cawangan Terengganu.
4. Kluster Pembangunan Akademik & Intelektual (Top 3 - Anugerah Kepimpinan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM)) dimenangi oleh Abdul Halim Bin Asmungi, UiTM Shah Alam.
5. Kluster Khas Pasukan (Top 3 - Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik) dimenangi oleh Bridged Sukarelawan UiTM, UiTM Shah Alam.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah mengharumkan nama UiTM. Teruskan berbakti dan memberi impak yang baik kepada universiti dan masyarakat.

Date

Files

337232469_533910815509202_3177484260669637437_n.jpg
337138149_950856762586173_8681457559165950149_n.jpg
337298889_6145272602199099_8342358316835052733_n.jpg
337353034_136870515772547_2951235519634414535_n.jpg
337516003_607320527571175_92027248176244826_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Anugerah Tokoh Siswa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/454.

Output Formats

Geolocation