Majlis Profesor UiTM Menganjurkan Siri Syarahan Profesor Tersohor dan Sesi Perbincangan Cakna Penyelidikan UiTM bagi Tahun 2023
Title
Majlis Profesor UiTM Menganjurkan Siri Syarahan Profesor Tersohor dan Sesi Perbincangan Cakna Penyelidikan UiTM bagi Tahun 2023
Description
19 Mac 2023, Bandar Baru Enstek – Majis Profesor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM menganjurkan satu acara akademik dan intelektual yang menghimpunkan para professor, cendekiawan, penyelidik, dan pihak berkepentingan lain untuk terlibat dalam dialog bermakna dan bertukar idea. Acara ini, termasuk siri syarahan profesor tersohor, perbincangan meja bulat mengenai budaya penyelidikan dan penyelesaiannya, dan aktiviti lain yang berkaitan, sebagai pendedahan kepada warga UiTM mengenai cetusan idea yang terkini, memupuk budaya penyelidikan, menyediakan ruang perbincangan bagi isu-isu penyelidikan yang dihadapi UiTM, mendapatkan cadangan dan pandangan professor terkemuka luar tentang strategi yang boleh diguna pakai bagi memboleh daya aktiviti dan budaya penyelidikan di UiTM.
Siri syarahan profesor tersohor kali ini bertemakan Excellence in the Research and Publication Ecosystem of Higher Education: Towards a Globally Renowned University, menampilkan ceramah oleh pakar terkemuka dalam pelbagai bidang. Bagi siri syarahan sulung ini, Yang Berbahagia Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menyampaikan syarahan bertajuk Embracing Impactful Research for Sustainable Development Goals Towards a High-Tech Nation by 2030. Syarahan yang disampaikan dapat memberikan peluang unik kepada para peserta siri syarahan kali ini untuk belajar daripada pakar dalam bidang tertentu, meluaskan perspektif mereka, dan mengemaskini kemahiran dan pengetahuan mereka.
Tajuk yang sama juga digunakan dalam perbincangan meja bulat dengan memfokuskan pelbagai aspek budaya penyelidikan dan penyelesaiannya. Peserta dalam perbincangan ini termasuk pengurusan tertinggi UiTM, para professor dan penyelidik terkemuka, berkongsi pandangan dan pengalaman mereka. Saya difahamkan perbincangan berlangsung dengan rancak dan bermaklumat, serta membantu mengenal pasti cabaran dan peluang utama dalam budaya penyelidikan, juga penyelesaian yang berpotensi untuk cabaran ini.
Secara keseluruhannya, acara akademik dan intelektual yang dianjurkan Majlis Profesor UiTM adalah antara banyak kejayaan yang dicapai. Saya ingin menekankan di sini kepentingan untuk memupuk budaya penyelidikan, pemikiran kritis dan inovasi. Saya sentiasa menyokong setiap aktiviti yang bersifat ilmiah bagi memastikan warga UiTM sentiasa terkehadapan dalam pengetahuan dan kemahiran.
Dengan menghimpunkan pakar dan pihak berkepentingan daripada pelbagai latar belakang dan disiplin di dalam satu siri syarahan dan perbincangan, saya harap ianya dapat membantu meningkatkan pemahaman para professor dan warga UiTM tentang isu yang kompleks, mencari penyelesaian inovatif kepada cabaran masyarakat dan menyumbang kepada peningkatan masyarakat sekeliling dan global.
Date
Collection
Citation
“Majlis Profesor UiTM Menganjurkan Siri Syarahan Profesor Tersohor dan Sesi Perbincangan Cakna Penyelidikan UiTM bagi Tahun 2023,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/455.