Naib Canselor Hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) Di antara UiTM dan Empat Agensi

Title

Naib Canselor Hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) Di antara UiTM dan Empat Agensi

Description

Pada 21 Mac 2023, Naib Canselor menyaksikan kejayaan pemeteraian satu dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) dan tiga dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan empat agensi. Keempat-empat agensi yang terlibat termasuk Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Professional Mutawaif Development Sdn. Bhd (PMD) dan Pixel Play Avata Sdn. Bhd. (PAA). Majlis seumpama ini merupakan peluang sekali seumur hidup yang melibatkan empat agensi serentak. Bagi pihak UiTM, saya rasa berbesar hati kerana diberikan peluang oleh Allah taala melihat penyempurnaan ikatan jalinan kerjasama ini.
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di Aras 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari empat agensi serta wakil universiti iaitu Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CDB; Encik Zulkernai Fauzi, Timbalan Pengarah Kanan BPLTV; Profesor Dr. Hajah Hamidah Mohd Saman, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM; Profesor Dr. Azizul Halim Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS), UiTM; Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim Ikhsan, Pengarah Urusan PMD; Encik Syahrul Nizar, Ketua Pegawai Eksekutif PPA; Profesor Madya Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor, UiTM Cawangan Pulau Pinang; dan barisan ahli pengurusan, para tetamu jemputan, dan rakan-rakan media. MoA dan MoU ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian jangka panjang antara UiTM dan agensi-agensi terlibat yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dari segi reka bentuk dan penyampaian kurikulum, penyelidikan serta pembangunan pendidikan yang berterusan ke arah melahirkan graduan profesional berkualiti.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kolej Pengajian Kejuruteraan dan iCEPS atas inisiatif kepada usaha murni kolaborasi ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang bekerjasama dengan UiTM dan mengiktiraf potensi UiTM sebagai sebuah institusi yang mendapat tempat di pasaran global. Suka untuk saya tekankan bahawa kerjasama ini akan menyediakan UiTM dengan sumber dan kepakaran yang diperlukan yang akan membawa kepada beberapa agenda antaranya:
1. Menjadikan kampus UiTM sebagai Pusat Kecemerlangan yang bakal menjadi tumpuan dan tempat yang kondusif untuk komuniti usahawan dan ekosistem pemula atau ‘start-up’ yang berkembang.
2. Mengadakan simposium, konferensi dan program pemula dalam kalangan pelajar dan staf dan business pitching dengan kebolehpasaran produk dan penyelidikan.
3. Membangunkan komuniti pemula ‘start-up’ aktif dalam ekosistem yang berdaya saing.
4. Menjadi platform kerjasama berteraskan kecemerlangan dalam penganalisisan data secara kualitatif dan kuantitatif.
5. Pembangunan data inventori karbon untuk bahan binaan, kursus profesional keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam pengurusan pembinaan.
6. Perluasan jaringan industri melalui program sangkutan staf dan pelajar dengan pihak industri antaranya inisiatif Program CEO@Faculty.
7. Penyelidikan, perkongsian akademik dan Pendidikan teknologi berasaskan revolusi industri 4.0 serta keusahawanan.
8. Kerjasama pintar dalam pelbagai bidang termasuk berkaitan TVET yang dapat membantu dan memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam situasi ‘menang-menang’ dari semasa ke semasa.
9. Menyediakan prasarana yang diperlukan dalam melaksanakan program yang berkaitan dengan baik.
Setelah selesainya MoA dan MoU ini ditandatangani, para hadirin memberikan tepukan yang gemuruh sebagai tanda penghargaan. Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang kerjasama perkembangan ilmu, penyelidikan, inovasi, latihan, modal insan pada masa akan datang., dan meningkatkan ketampakan di peringkat global.
Dalam ucapan penutup, saya menegaskan komitmen universiti untuk menyediakan pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti tinggi, dan mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi terlibat atas kepercayaan mereka kepada UiTM. Saya juga berharap kerjasama ini akan berpanjangan dan membuahkan hasil, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pembangunan sektor pendidikan tinggi di rantau ini.
Secara keseluruhannya, majlis menandatangani perjanjian ini merupakan satu peristiwa penting bagi UiTM sekali gus membawa era baharu pembangunan dan pertumbuhan jalinan kerjasama yang strategik dengan agensi-agensi ini untuk mencapai matlamat keboleh pasaran UiTM di peringkat global. Saya berharap kerjasama ini akan menjadi model untuk kerjasama masa depan antara UiTM dan rakan industri.
The Vice-Chancellor Attended the Signing Ceremonies for the Memorandum of Agreement (MoA) and three Memorandums of Understanding (MoU) between UiTM and Four Agencies.
The Vice-Chancellor witnessed the success of a Memorandum of Agreement (MoA) document and three Memorandums of Understanding (MoU) documents between UiTM and four agencies on March 21, 2023. The four organizations involved were the Vocational Technical Education and Training Division (BPLTV), the Malaysian Ministry of Education, the Malaysian Industry Development Board (CIDB), Professional Mutawaif Development Sdn Bhd (PMD), and Pixel Play Avata Sdn Bhd (PAA). This was a once-in-a-lifetime opportunity involving four agencies at the same time. On behalf of UiTM, I was grateful to Allah taala for the opportunity to see this bond completed.
The signing ceremony was held at Level 7, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, and was attended by Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Chief Executive of CDB; Mr. Zulkernai Fauzi, Senior Deputy Director of BPLTV; and Professor Dr. Hajah Hamidah Mohd Saman, Assistant Vice-Chancellor, College of Engineering Studies, UiTM. Professor Dr. Azizul Halim Yahya, Chief Executive Officer, Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS), UiTM; Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim Ikhsan, Managing Director of PMDA; Mr. Syahrul Nizar, Chief Executive Officer of PPA; and management line, invited guests, and media partners. The Memorandum of Agreement and Memorandum of Understanding sought to establish a long-term partnership between UiTM and the agencies involved that will benefit both parties in terms of curriculum design and delivery, research, and continuous educational development toward the production of quality professional graduates.
Congratulations to UiTM Penang Branch, College of Engineering Studies, and iCEPS for taking the lead in this collaborative effort. I would also like to thank the organizations that collaborated with UiTM and recognized UiTM's potential as a global market institution. I would like to emphasize that this collaboration will provide UiTM with the necessary resources and expertise, resulting in several agendas, including:
1. To make the UiTM campus a Centre of Excellence that will be the focus and a conducive place for the entrepreneur community and the thriving start-up or start-up ecosystem.
2. Conduct symposia, conferences, and start-up programs among students and staff and business pitching with product marketability and research.
3. Develop an active start-up community in a competitive ecosystem.
4. To be a collaborative platform based on excellence in qualitative and quantitative data analysis.
5. Development of carbon inventory data for building materials, occupational safety, and health professional courses in construction management
6. Expansion of industry networks through staff and student liaison programs with industry parties including the CEO@Faculty Program initiative
7. Research, academic partnerships, and technology education based on industrial revolution 4.0 as well as entrepreneurship.
8. Smart collaboration in various fields including TVET-related ones that can help and benefit both sides in a 'win-win' situation from time to time.
9. Provide the infrastructure needed to implement related programs properly.
Following the completion of the MoA and the signing of the MoU, the audience flared up in applause in appreciation. This agreement will serve as a catalyst for future opportunities for collaboration in the development of science, research, innovation, training, and human capital, as well as improve the country's global ranking.
In my closing remarks, I reaffirmed the university's commitment to providing high-quality education and research, and I expressed gratitude to the agencies involved for their faith in UiTM. I also hope that this collaboration will be long and fruitful, benefiting both parties and contributing to the development of the region's higher education sector.
Overall, the signing of this agreement was a significant event for UiTM, ushering in a new era of strategic partnership development and growth with these agencies to achieve UiTM's global marketability goals. This collaboration, I hope, will serve as a model for future collaboration between UiTM and industry partners.

Date

Files

337241580_2666106050231640_5022556880928087737_n.jpg
337379170_3505984542978277_295154339391392719_n.jpg
337398547_168701658972367_8431695714067245678_n.jpg
337403605_679115610880302_3250322759145261531_n.jpg
337562305_589228466479806_6872253775312465918_n.jpg
337843630_1149477179786437_7310746675700057440_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor Hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) Di antara UiTM dan Empat Agensi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/456.

Output Formats

Geolocation