IMT GT High-Level Panel Forum: Learning From The Past And Shaping IMT-GT Cooperation In Turbulent Time
Title
IMT GT High-Level Panel Forum: Learning From The Past And Shaping IMT-GT Cooperation In Turbulent Time
Description
Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Subregional Cooperation is celebrating its 30 years of cooperation in 2023. To commemorate its cooperation anniversary, IMT-GT member countries have conducted the IMT GT High-Level Panel Forum with the theme “Learning From The Past And Shaping IMT-GT Cooperation In Turbulent Time”. The forum was held on 12-13 July 2023 at Hotel Borobudur, Jakarta, Indonesia.
The high-level panel forum is to discuss the progress development of the subregion for the last 30 years and identify lesson-learned from the previous cooperation to shape the future of IMT-GT cooperation. This forum is also timely considering several global challenges such as the COVID-19 pandemic, geopolitical instability, and climate change that will affect the global and subregional economy. Therefore, it is important to contextualize the current IMT-GT cooperation with the recent geopolitics and economic landscape and also to take some lesson-learned from the past 30 years of its cooperation. It is also expected that the forum could propose some implementable recommendations to chart the future of IMT-GT cooperation.
The main objective of this activity is to review the development progress of IMT-GT Subregional cooperation in the past 30 years. This includes identifying the achievements and impactful projects/programs that should be enhanced toward the IMT-GT Vision 2036. The second objective is to provide a multi-stakeholder platform to identify implementable recommendations to shape the future of IMT-GT cooperation and assist subregional cooperation in addressing the current and future challenges.
The forum was officiated by Mr. Firdaus Dahlan, Director, Centre for Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle Subregional Cooperation followed by the welcoming remark by Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, the new Chairperson of IMT-GT UNINET who is also the Vice Chancellor of Universiti Teknologi Mara (UiTM). The officiating ceremony was also attended by Hon. Dato’ Nor Azmie Bin Diron, Secretary General, Ministry of Economy, Malaysia, Hon. Mr. Raldi Hendrotoro Seputro Koestoer, Senior Policy Analyst, Former IMT-GT Senior Officials, Coordinating Ministry for Economic Affairs, Republic of Indonesia, H.E. Mr. Dida Gardera, Senior Advisor Coordinating Ministry for Economy Affairs for Connectivity, Service Development, and Natural Resources, Coordinating Ministry for Economic Affairs and Hon. Dr. Wanchat Suwankitti, Deputy Secretary General, Office of the National Economic and Social Development Council (NESDC), Kingdom of Thailand.
The event began with a forum with the theme “Learning From The Past And Shaping IMT-GT Cooperation In Turbulent Time: Views From The Eminent Persons” moderated by Prof Dr Faridah Hassan. The panelist includes Datuk Razali bin Che Mat, Former IMT-GT Senior Official of Malaysia & Former Director of Regional Development Division, Economic Planning Unit (EPU), Prime Minister’s Department, Malaysia, Mr. Winfred Wicklein, Director General for Southeast Asia at Asian Development Bank (ADB), Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Vice Chancellor, University Teknologi Mara (UiTM), Chairperson of IMT-GT UNINET and Mr. Arsyadjuliandi Rachman, Former Chairman of IMT-GT JBC Indonesia and Former Governor of Riau.
In supporting the main theme, the forum was divided into 7 sessions, Tourism Recovery Post-Covid-19 Pandemic, Agriculture And Food Security: Challenges And Opportunities, Accelerating Subregional Trade And Investment, IMT-GT Connectivity: Promoting Cross-Border Movement Of Goods And People In The Subregion, Climate Change: From Global Agenda To Local Action and IMT-GT as a Global Halal-Hub and Enhancing Human Resource Development In The Subregion discussing IMT-GT cooperation for the past three decades and provide some implementable recommendations to shape the future of IMT-GT cooperation and help the subregional cooperation in addressing the current and future challenge.
-------------------------------------------------
FORUM PANEL TAHAP TINGGI IMT-GT: BELAJAR DARI MASA LALU DAN MEMBENTUK KERJASAMA IMT-GT DALAM MASA BERGELOMBANG
Pada tahun 2023 ini, cukup 30 tahun Segitiga Pertumbuhan Sub-Serantau Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menjalinkan kerjasamanya 2023 ini. Bagi memperingati ulang tahun kerjasamanya, negara anggota IMT-GT telah mengadakan Forum Panel Peringkat Tinggi IMT-GT dengan tema “Pembelajaran Dari Masa Lalu Dan Membentuk Kerjasama IMT-GT Dalam Masa Bergolak”. Forum tersebut telah diadakan pada 12-13 Julai 2023 di Hotel Borobudur, Jakarta, Indonesia.
Forum panel peringkat tinggi ini diadakan untuk membincangkan kemajuan pembangunan sub-serantau selama 30 tahun yang lalu dan mengenal pasti pengajaran yang diperoleh daripada kerjasama sebelum ini bagi membentuk masa depan kerjasama IMT-GT. Forum ini juga diadakan tepat pada masanya bagi mempertimbangkan beberapa cabaran global seperti pandemik COVID-19, ketidakstabilan geopolitik dan perubahan iklim yang akan menjejaskan ekonomi global dan sub-serantau. Oleh itu, adalah penting untuk mengkontekstualisasikan kerjasama IMT-GT semasa dengan suasana geopolitik dan landskap ekonomi terkini dan juga mengambil iktibar sepanjang 30 tahun terjalinannya kerjasama ini. Forum ini juga telah melakarkan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan sebagai perancangan masa depan kerjasama IMT-GT.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk meninjau kemajuan pembangunan kerjasama sub-serantau IMT-GT sepanjang tempoh 30 tahun ini. Ini termasuk mengenal pasti pencapaian dan projek/ program berimpak yang perlu dipertingkatkan ke arah Wawasan IMT-GT 2036. Objektif kedua adalah untuk menyediakan platform kepada pelbagai pihak untuk mengenal pasti cadangan yang boleh dilaksanakan bagi membentuk masa depan kerjasama IMT-GT dan membantu kerjasama sub-serantau dalam menangani cabaran semasa dan akan datang.
Forum ini telah dirasmikan oleh Encik Firdaus Dahlan, Pengarah, Pusat Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Pengerusi baharu IMT-GT UNINET yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM). Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie Bin Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, Malaysia Malaysia, YB. Encik Raldi Hendrotoro Seputro Koestoer, Penganalisis Dasar Kanan, Bekas Pegawai Kanan IMT-GT, Kementerian Koordinator Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia, En. Dida Gardera, Penasihat Kanan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi bagi Kesalinghubungan, Pembangunan Perkhidmatan dan Sumber Asli, Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi dan YB. Dr Wanchat Suwankitti, Timbalan Ketua Setiausaha, Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC), Kerajaan Thailand.
Acara dimulakan dengan forum bertemakan “Belajar Dari Masa Lalu Dan Membentuk Kerjasama IMT-GT Dalam Masa Bergolak: Pandangan Daripada Para Ahli Terkemuka” yang dikendalikan oleh Prof Dr Faridah Hassan. Panelis termasuk Datuk Razali bin Che Mat, mantan Pegawai Kanan IMT-GT Malaysia dan, mantan Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Malaysia, En. Winfred Wicklein, Ketua Pengarah Asia Tenggara di Asia Bank Pembangunan (ADB), Prof. Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, UiTM, merangkap Pengerusi IMT-GT UNINET, dan En Arsyadjuliandi Rachman, mantan Pengerusi IMT-GT JBC Indonesia dan Mantan Gabenor Riau.
Dalam menyokong tema utama, forum itu dibahagikan kepada 7 sesi iaitu, Pemulihan Pelancongan Pasca Pandemik Covid-19, Pertanian Dan Keselamatan Makanan: Cabaran Dan Peluang, Mempercepat Perdagangan dan Pelaburan Sub-serantau, Ketersambungan IMT-GT: Mempromosikan Pergerakan Barangan Rentas Sempadan dan Penduduk di Sub-serantau, Perubahan Iklim: Daripada Agenda Global kepada Tindakan Lokal, dan IMT-GT sebagai Hab Halal Global dan Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia Di Sub-serantau, membincangkan tentang kerjasama IMT-GT sepanjang tiga dekad, dan memberikan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dalam membentuk masa depan kerjasama IMT-GT dan membantu kerjasama sub-serantau dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.
Date
Collection
Citation
“IMT GT High-Level Panel Forum: Learning From The Past And Shaping IMT-GT Cooperation In Turbulent Time,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/484.