Program Qiamullail Qiyadi
Title
Program Qiamullail Qiyadi
Description
Mencukupkan sebulan dengan UiTM dihati besama mahasiswa/i & staff di Masjid UiTM untuk Taujihat subuh tadi dalam program Qiamulail qiyadi.
Antara perkongsian dari kami yg faqir.. memaknakan kehidupan sebagai seorang hamba kepada yang Esa.
Taujihat mengukur dimana tahap Nafsu/Jiwa kita:
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah,
5. Rodiah
6. Mardiyah,
7. Kamilah
Untuk “lulus” perlu mendapat tahap 4/7…
سُوۡرَةُ الفَجر
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (30)
Bicara juga perihal pentingnya menghidupkan tahajjud dalam pembentukan jiwa dan ruh, juga ganjaran menjaga Jamaah Isyak dan Subuh disamping menyemak diri jangan tertanda sifat Munafik…
Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” Riwayat Muslim (651)
Diakhir pesan, dengan Rahmat Allah, dalam satu malam dan paginya, kita bisa mendapat pahala tahajjud 2.5 malam, kebaikan dunia dan seisinya serta pahala haji dan Umrah..
Daripada Anas bin Malik R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat sunat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna.”
Hadith riwayat al-Tirmizi (586)
Usaha Taqwa Mulia
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/363050676247734
Collection
Citation
“Program Qiamullail Qiyadi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/539.