Seminar Pemikir Melayu 2023: Hala Tuju Universiti dan Cabaran Mendepani Isu Sosiobudaya
Title

Description
Bandar Enstek, 4 Disember 2023 – Seminar Pemikir Melayu 2023 anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) telah diadakan di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) kali ini dengan membawa tema Hala Tuju Universiti dan Cabaran Mendepani Isu Sosiobudaya. Seramai 92 peserta yang terdiri daripada Pengarah BHEP, Dekan-dekan BHEP, Pengetua-pengetua Kolej, Timbalan Dekan HEP, Timbalan Rektor HEP, Ketua Unit dan Felo IMPAK dari seluruh UiTM.
Program dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pengarah IMPAK, Prof. Madya Dr. Hajah Norhayati Hussin dan seterusnya diikuti dengan sesi perkongsian oleh pakar-pakar pemikir hebat seperti YBhg. Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin M Said yang berbicara hal Sejarah, Falsafah, Dan Pemikiran Pasca Dasar Ekonomi Baru. Seterusnya, YBhg. Prof Dato’ Dr.Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad yang memberikan perkongsian tentang Warisan Khazanah Melayu menerusi konteks komunikasi, falsafah dan pemikiran dan yang terakhir satu perkongsian daripada YBhg. Prof Dr. Azmi Hassan dari Akademi Penyelidikan Strategi Nusantara yang membicarakan tentang pemerkasaan pemikiran Melayu melalui pengukuhan Hala Tuju: Strategi Dan Peluang Masa Depan.
Kemeriahan program ini adalah di acara kemuncak yang disempurnakankan oleh Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin pada sebelah petang. Beliau turut menegaskan kepentingan dan peranan penting IMPAK dalam melestarikan 3 perkara utama iaitu Institusi Beraja, Agama dan Bangsa atau ringkasannya 3R (Royal, Religion & Race). Tambah beliau, jati diri dan akal budi yang hebat bermula dengan kecemerlangan berfikir yang baik bermula daripada diri setiap individu itu sendiri.
Seminar pemikir ini juga merupakan salah satu langkah yang proaktif dari IMPAK yang menjadi pentas terbaik dalam mengumpulkan para pemikir hebat Melayu bagi mengemukakan isu-isu dan langkah-langkah lebih holistik bertujuan untuk membahas serta menjayakan iltizam UiTM agar menyediakan, melengkap, dan melahirkan generasi mahasiswa Melayu Bumiputera yang cemerlang. Perkara ini sejajar dengan konsep kerajaan perpaduan dan membawa ke arah masyarakat Madani.
Seminar ini sekali gus memberi kesedaran kepada warga BHEP betapa pentingnya penekanan aspek pemikiran yang dinamik terutamanya cetusan serta pandangan daripada golongan pemikir Melayu. Melalui seminar ini juga, perubahan paradigma seluruh warga BHEP berkaitan dengan kepentingan dalam keterlibatan semua pihak untuk meningkatkan kecemerlangan berfikir terutama sekali isu mendepani sosiobudaya masa kini dapat dipertingkatkan.
Pada sebelah petang pula, forum berkaitan Strategi Dan Pemikiran Melayu yang telah dikendalikan oleh Encik Meer Zhar Farouk bin Amir Razli, Timbalan Rektor HEP dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (HEP), YBhg. Prof Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, YBhg. Prof Emeritus Dr Kamaruddin M Said, dan YBhg Prof Dr Amer Shakir Zairol sebagai ahli panel forum tersebut.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu IMPAK dan penglibatan felo-felo IMPAK yang didatangkan dari seluruh cawangan UiTM kerana telah berjaya melaksanakan dengan jayanya Seminar Pemikir Melayu 2023 ini . Diharapkan kesinambungan program seminar ini dapat diteruskan oleh IMPAK pada masa akan datang dengan perkongsian pelbagai isu yang melibatkan kelestarian negara bangsa ini.

Creator
HASNAH HASHIM NORHAYATI HUSSIN UMAIMAH KAMARULZAMAN
Source
Date
Language
Malay
Local URL
https://news.uitm.edu.my/seminar-pemikir-melayu-2023-hala-tuju-universiti-dan-cabaran-mendepani-isu-sosiobudaya/
Collection
Citation
HASNAH HASHIM NORHAYATI HUSSIN UMAIMAH KAMARULZAMAN, “Seminar Pemikir Melayu 2023: Hala Tuju Universiti dan Cabaran Mendepani Isu Sosiobudaya,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/550.