Mesyuarat Jawatakuasa Tertinggi Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM)

Title

Mesyuarat Jawatakuasa Tertinggi Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM)

Description

Minggu ini Alhamdulillah ditutup dengan mempengerusikan Mesyuarat Jawatakuasa Tertinggi Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM), antara lain membincang perancangan aktiviti 2024 selain sukan, aktiviti latihan dan kebajikan juga insyaAllah akan dilaksanakan. Perkongsian amalan terbaik dikalangan Badan Berkanun terutama pengisian Malaysia Madani & peluang OKU turut dipersetujui. Tahniah juga kepada SU Kehormat yang baharu, PM Dr Azman Mohd Isa.
Alhamdulillah sebelah petang sempat duduk bersama rakan-rakan JKOM untuk perancangan 2024. Selepas itu bersama University Teesside, UK rakan MOU yang telah menjangkau 20 tahun, diketuai Dr Kevin Thomas dan pengurusan Tempatan Teesside, Teesside University Regional Office S.E.A. Dibincang juga kerjasama antarabangsa dan serantau. Teruja pulak jumpa orang kampung dari STS Segamat.. terkeluar pulak cakap Hokkien.
Sempat juga disantuni Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Abd Shukor Bin Jamaluddin, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). UiTM adalah rakan kongsi yang menyumbang kepada projek ini. Isu kelestarian dan penyelidikan di Antartika menjadi topik. Kami menekankan kepada manfaat dan impak kepada masyarakat setempat serta kaitan perubahan cuaca di kutub dan di Khatulistiwa. InsyaAllah UiTM akan menyumbang kepada pembangunan Dasar dan Polisi.
Malam pula kami berbincang pasal pembangunan bakat di UiTM menyambut 20 landasan dari ucapan YBM, mengimbang Technology Centric kepada Humanity Centric.
Usaha Taqwa Mulia
https://www.facebook.com/profile.php?id=100064104609321...
#vcuitm7
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/390629940156474

Files

Collection

Tags

Citation

“Mesyuarat Jawatakuasa Tertinggi Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/573.

Output Formats