Kongres Ekonomi Bumiputra 2024

Title

Kongres Ekonomi Bumiputra 2024

Description

Selesai hari pertama Kongres Ekonomi Bumiputra 2024, seramai 4245 peserta telah mendaftar hadir, Alhamdulillah.
Sempat memberi maklum kepada YAB TPM, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang kesediaan UiTM menyambut saran menunjangi Penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputra bersama UKM. Beramah mesra bersama pemimpin dan bekas pemimpin tanah air… antaranya KM Melaka dan Mantan Menteri Pendidikan.
Bertemu Alumni ITM, Datuk Hisham Hamdan, Executive Director Khazanah juga Pengerusi UEM Sunrise dan Datuk Sr Mohd Salem Kailany, CEO UDA. Sempat berbincang apa sumbangan yang boleh dibuat kepada anak-anak UiTM yang memerlukan bantuan pembiyaian.
Jumpa juga rakan-rakan dari MARA, Tn Hj Ts Ir Rahim Selamat dan pegawai-pegawai utama kementerian. Pasti yang dibincang masa depan profesional Bumiputra.
Usaha Taqwa Mulia

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/413947864491348

Files

Collection

Tags

Citation

“Kongres Ekonomi Bumiputra 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/595.

Output Formats