Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Title

Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Description

Menjunjung Kasih Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 18 Ramadan lalu. Alhamdulillah.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM turut sama berangkat memeriahkan majlis.

Terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd. Kadir; YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keushawanan; YB Tuan Dr Mohammad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose; Semua Pro Canselor dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti; serta Barisan Pengurusan Universiti yang telah hadir bersama.

Tuanku Sultan dan Tuanku Pemaisuri turut berkenan menyampaikan sumbangan, berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah dengan penerima sumbangan hari raya dan semua warga UiTM.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Sangat Meriah dan Bermakna walaupun dalam kesederhanaan kepada kami seluruh warga UiTM.

‎وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Al-Furqan 67)
“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (HR Baihaqi).

Terima kasih kepada seluruh warga UiTM yang menjayakan majlis ini.
Usaha Taqwa Mulia
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#uitmdihatiku

Date

Language

Malay

Identifier

431127732773361

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/431127732773361

Files

Collection

Tags

Citation

“Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/619.

Output Formats