Majlis Flag-Off Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan

Title

Majlis Flag-Off Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan

Description

Salam Jumaat 14 Zulhijjah.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

‎الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ، خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah”. [Riwayat Muslim (2664)]

Alhamdulillah semalam saya dapat bersama-sama di dalam Majlis Flag-Off Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan, - “Menuju Kelestarian Alam Sekitar” . Majlis telah di rasmikan oleh Pengerusi LPU UiTM.
Direzekikan juga untuk bersama berkayuh sebahagian dari laluan pertama dari Kampus Shah Alam ke Kampus Kuala Pilah, kayuh tetap kayuh, tak boleh buat semua jangan tinggal semua!

Sudah agak lama saya tidak memakai jersey “race cut” ini. Kalau “seksa” mata melihat, “seksa” lagi yang memakai. Kali ini saya “berkuda putih” kerana terpaksa kembali ke pejabat untuk urusan menjadi panel temuduga. InsyaAllah saya akan bersama lagi dengan team kayuhan hingga ke akhir kayuhan nanti.
Seramai 12 orang warga UiTM akan berkayuh sejauh 2,000KM mengelilingi Semenanjung Malaysia. Kayuhan ini akan mengumpul hasrat dari setiap cawangan negeri untuk dipahatkan di monumen yang bakal dibina untuk tatapan umum dan ia akan dirasmikan pada Malam Kemuncak Sambutan 25 Tahun UiTM sebagai sebuah Universiti nanti. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah melengkapkan kayuhan ke Kuala Pilah!

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay

Identifier

479749211244546

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/479749211244546

Files

448483160_479748734577927_4712411691364006300_n.jpg
448485690_479748797911254_1701640209740197922_n.jpg
448592945_479748527911281_3727490800135721714_n.jpg
448595061_479748571244610_5867435334022203892_n.jpg
448668134_479748641244603_1714707027562146062_n.jpg
448668723_479748777911256_7081630081941706076_n.jpg
448672201_479749334577867_1852248106077983825_n.jpg
448697820_479748667911267_6558666918041115802_n.jpg
448720410_479749301244537_1192655778631484600_n.jpg
448780448_479748617911272_6449392061055707574_n.jpg
448792525_479748721244595_6454531357930255718_n.jpg
448805137_479748844577916_5190444158619180498_n.jpg
448839715_479749324577868_8786702231943944673_n.jpg
448840492_479749311244536_7686292996052791207_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Flag-Off Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 8, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/685.

Output Formats

Geolocation