Istiadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sebagai Canselor ke-7 Universiti Teknologi MARA

Title

Istiadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sebagai Canselor ke-7 Universiti Teknologi MARA

Description



KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini secara rasmi dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam satu istiadat pemasyhuran di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM di Shah Alam.

Watikah pemasyhuran disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir kepada Sultan Ibrahim.

Berdasarkan Seksyen 19A(2) Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173), peruntukan tersebut menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Canselor UiTM. Mengikut Seksyen 19A(1), Seri Paduka Baginda akan mempengerusikan majlis konvokesyen universiti, memperkukuhkan peranan simbolik dan kepimpinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam institusi pendidikan tersebut.

Dalam istiadat konvokesyen ke-100 UiTM, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif sebagai penghargaan atas sumbangan baginda dalam seni kreatif dan budaya. Tunku Azizah diiktiraf sebagai ikon dalam bidang seni, khususnya dalam usaha mempertahankan serta mempromosikan warisan seni budaya Melayu di persada antarabangsa.

Seluruh warga UiTM merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menghadiri Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen UiTM kali ke-100.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Source

Picture : Facebook Page of Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1913rhx6mf/

Files

VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (10).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (11).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (12).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (9).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (8).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (7).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (5).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (6).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (3).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (4).jpg
VC Pemashyuran Canselor  Nov 2024 (1).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (11).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (14).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (2).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (7).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (16).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (5).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (4).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (1).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (8).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (13).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (6).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (9).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (17).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (15).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (10).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (12).jpg
Vc Pemashyuran Canselor Nov 2024 Plus (3).jpg

Collection

Tags

Citation

“Istiadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sebagai Canselor ke-7 Universiti Teknologi MARA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 4, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/866.

Output Formats