Nukilan Minda Buat Ingatan Bersama

Title

Nukilan Minda Buat Ingatan Bersama

Description

Salam Jumaat,

Kematian yang merupakan berpisahnya ruh dengan jasad adalah suatu kepastian kepada semua yang bernyawa.


‎كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (An-Kabut 57)

Untuk itulah semua modal yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita harus ditunaikan amanahnya.

  1. Umur atau Masa
  2. Jasad atau kesihatan tubuh
  3. Ilmu dan Amal
  4. Harta

Telah meriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tirmizi pada kitab Jami'nya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ

"Tiada akan berganjak dua tapak kaki seseorang pada hari kiamat sehingga ditanya dari empat perkara:
Dari umurnya, ke mana dia habiskan. Dan dari jasadnya, ke mana dia gunakan. Dan dari ilmunya, apakah dia beramal dengannya. Dan dari hartanya, dari mana dia dapat dan ke mana dia belanjakannya."

Dalam mengambil kesempatan itulah kita harus terus berusaha tanpa jemu, usaha adalah amal...
‎تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha Suci Allah yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

‎الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, (Al-Mulk 1-2)

Sebelum ajal menjemput... gunalah setiap modal yang dipinjam untuk memberi manfaat...
Jibril a.s. pernah mengingatkan Nabi SAW dengan wasiatnya:

  • "Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi ingat bahawa kamu akan mati.
  • Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingat, bahawa engkau akan berpisah dengannya.
  • Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, tetapi awas, kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu.
  • Dan ketahuilah, bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada qiamullailnya, dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain."
    (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na'im)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:

  • Pertama: masa sihat sebelum sakit.
  • Kedua: masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
  • Ketiga: masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Keempat: masa muda mu sebelum datang masa tua.
  • Dan kelima: masa hidup sebelum tiba masa mati."
    (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Maka rebutlah semua peluang untuk kita berusaha membuat kebajikan dan kebaikan...


‎وَلَٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ


... tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, (Al-Ma'idah 48)

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

  • Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  • Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  • Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  • Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  • Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Semoga Allah permudahkan perjalanan kehidupan Ayahanda tersayang, direzkikan yang terbaik, dan dipermudahkan segala urusan.


‎اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمُرِنا آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِينا خَوَاتِمَهُ، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِنا يَوْمَ نَلْقَاكَ


Ya Allah, jadikanlah yang terbaik dalam hidup kami sebagai yang terakhir, dan yang terbaik dari amal kami sebagai pengakhirannya, dan jadikanlah hari-hari kami yang terbaik pada hari kami bertemu dengan-Mu.

اللهم أمين
Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

 

 

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14tkqUqwiay/

Files

471193239_600634675822665_3939483869444776608_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Nukilan Minda Buat Ingatan Bersama,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed February 5, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/938.

Output Formats