Dalam Memori : Doa buat Ayahanda Tercinta
Title
Dalam Memori : Doa buat Ayahanda Tercinta
Description
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Perginya seorang ayah, seorang guru, seorang murabbi, seorang pejuang…
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah?
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa.
Semoga Ayahanda tenang dan bahagia disemadi bersebelahan Ibunda dan Isteri tersayang… Di waktu sihatnya, tidak pernah tidak diziarah, hampir setiap hari.
Ibn Abbas R. Anhuma, di mana beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ
Maksudnya: Tidak ada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut).
Riwayat Muslim (948)
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ . وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, lindungilah dia, dan maafkanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskan tempat masuknya, basuhlah ia dengan air, salju, dan hujan sejuk, dan sucikanlah ia dari dosa, sebagaimana Engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan gantilah dia dengan rumah yang lebih baik daripada rumahnya, dan keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan isteri yang lebih baik daripada isterinya, dan masukkanlah dia ke dalam syurga, dan peliharalah dia dari azab seksa Kubur dan dari azab Neraka.
اللهم أمين
Terima kasih kepada semua: YBM KPT DSD Zambry Abd. Kadir, YBTM Datuk Mustapha Sakmud, Naib-Naib Canselor, Datuk-Datuk, Rakan Sahabat handai, dan sanak saudara yang telah mengucap takziah, berziarah, mendirikan solat jenazah, menghantar ke kubur, dan mendoakan Arwah Ayahanda tercinta. Semoga Allah juga yang membalas jasa semua, amin.
Terima kasih juga kepada sahabat yang telah mendirikan solat jenazah ghaib dan mendoakan arwah di Masjidil Haram.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/19h9bDjrCW/
Collection
Citation
“Dalam Memori : Doa buat Ayahanda Tercinta,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed January 14, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/940.