Bersama PALAPES UiTM Shah Alam, menghadiri Upacara Perbarisan Komandan dan Mesyuarat Pengurusan Bersama Komandan.

Title

Bersama PALAPES UiTM Shah Alam, menghadiri Upacara Perbarisan Komandan dan Mesyuarat Pengurusan Bersama Komandan.

Description

Pagi semalam direzkikan bersama PALAPES UiTM Shah Alam, menghadiri Upacara Perbarisan Komandan dan Mesyuarat Pengurusan Bersama Komandan.

Tahniah juga kepada Yang Berusaha Lt. Kol. Prof. Madya. Dr. Ariff Md Ab Malik Timbalan komandan yang telah dipakaikan pangkat Lt. Kolonel dan lantikan Yang Berusaha Mejar Mej Noor Azhar bin Zainuddin sebagai Ketua Jurulatih PALAPES yang baharu menggantikan Mejar Norman yang kita rakamkan ucapan terima kasih atas khidmat beliau kepada PALAPES UiTM.

Pembentukan DNA UiTM kini menjadi salah satu agenda khusus bagi menterjemahkan keunggulan Universiti melalui mahasiswa dan mahasiswinya, yang mana proses pembentukan DNA UiTM ini akan menyematkan element USAHA, TAQWA, MULIA di dalam jiwa setiap pelajar UiTM.

Usaha ini bukanlah usaha seorang tetapi semua individu yang berada di dalam ruang lingkup UiTM termasuklah semua pegawai-pegawai PALAPES, kerana melalui kokurikulum beruniform inilah USAHA, TAQWA dan MULIA itu dapat diperkukuhkan sepenuhnya disamping menyediakan kumpulan mahasiswa yang memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang cintakan negara, sanggup berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

Syabas dan Tahniah kepada semua pegawai Kadet.
PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid0NoPBB463DRVmUxTNtHWo5nq8dZCLCcVVwXvnqrE7WVT5tDJvXZhV8pw7F7wr8qdYl

Files

n1.jpg
n2.jpg
n3.jpg
n4.jpg
n6.jpg
n5.jpg
n7.jpg
n8.jpg
n9.jpg
n10.jpg
n11.jpg
n12.jpg

Collection

Tags

Citation

“Bersama PALAPES UiTM Shah Alam, menghadiri Upacara Perbarisan Komandan dan Mesyuarat Pengurusan Bersama Komandan.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 1, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/963.

Output Formats

Geolocation