Lawatan Kerja ke Lahore, Perjanjian MOU dengan Nur International University, University of Punjab, dan Gourmet Industries

Title

Lawatan Kerja ke Lahore, Perjanjian MOU dengan Nur International University, University of Punjab, dan Gourmet Industries

Description

Alhamdulillah melengkap lawatan kerja ke Lahore, membuat pertemuan bersama Nur International University yang memberi tumpuan kepada kesihatan, juga berasaskan waqaf Nur Foundation.

Terserempak Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi SC Malaysia dan kemudian melihat Future Fest 2025 di tapak expo Lahore dan seterusnya manandatangani MOU bersama Gourmet Industries yang merupakan rantaian dan pemproses pelbagai makanan terbesar di Pakistan.

Akhirnya menandatangani MOU bersama University of Punjab, sebuah universiti komprehensif tertua di Pakistan. Kerjasama sudahpun bermula dengan perkongsian penyelidikan harumanis yang telah dibawa ke expo produk penyelidikan Pakistan tahun lalu.

Diberi penghormatan pula mewakili rakan-rakan VC OIC berucap kepada bakal jemaah haji Lahore yang sedang berkursus. Mendoakan mereka dipermudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur.

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid02gRVDCqGRWEF6SZnZbbGFssDaxStmZnuX268u86Gp7RSRU2JdauvjNMsih1Xr5mEsl

Files

030.jpg
031.jpg
033.jpg
034.jpg
035.jpg
036.jpg
037.jpg
038.jpg
039.jpg
040.jpg
041.jpg
042.jpg
043.jpg
044.jpg
045.jpg
046.jpg
047.jpg
048.jpg
049.jpg
050.jpg

Collection

Tags

Citation

“Lawatan Kerja ke Lahore, Perjanjian MOU dengan Nur International University, University of Punjab, dan Gourmet Industries,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed February 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/986.

Output Formats

Geolocation