UiTM SEGAMAT CAMPUS EXPLORES AGRICULTURE’S POTENTIAL

Title

UiTM SEGAMAT CAMPUS EXPLORES AGRICULTURE’S POTENTIAL

Description

On 6 March 2022, I visited the UiTM Johor Branch Segamat Campus. The walkabout started with Ustaz Amir Anuar Abd Aziz reciting verses 11-12 of Surah Al-Mujadila, and then I launched the Ace Module (Accelerated Entrepreneurship Development Programme). The Ace Module is published in two parts: the Facilitator Guide and the Student Guide.
I appreciate the opinions and feedback from Puan Mawar Noor Abdullah, Deputy Chief Librarian, and Assoc. Prof. Dr. Akmal Aini, Deputy Rector (Academic & International), as well as from Ustaz Amir Anuar Abd Aziz, who briefly explained the meaning of verses 11-12 of Surah Al-Mujadila, which he recited at the beginning of the event. Summing up, he said that Allah SWT distinguishes between informed and ignorant people and that Allah SWT elevates the rank of knowledgeable people.
Then I went to the Trading Room (Stock Simulation Centre). Mr Syamsyul Samsudin, Senior Lecturer at the Faculty of Business and Management, gave the briefing. I admire his presentation and recommend all staff and students to learn about investment because we want to produce graduates for the T20 group. This centre is the outcome of the Memorandum of Understanding with CIMB Investment Bank. To date, 2,000 students have been trained to use this platform. In addition, this initiative will be extended through the knowledge transfer programme to empower the community.
I also had the opportunity to visit an 11-acre agriculture project here at the Segamat Campus, which is run entirely by staff volunteers. Ustaz Nawawi briefed me on the crops grown, including durian, banana, and tapioca, and I visited the pineapple farm, the Kelulut honey plant and the chilli fertigation site. This time I planted a Musang King tree before my last visit to the Entrepreneurship Incubator Centre (Spa & Sauna). Many thanks to Ms Janna Munirah Md Noor for the great Spa & Sauna experience. I recommend anyone who is looking for treatment to visit this centre.
Finally, I would like to thank everyone at the Keluarga UiTM Segamat Campus. Many thanks to Ms Yam who took care of me during the programme in Johor. We will meet again, InsyaAllah.

UiTM KAMPUS SEGAMAT TEROKAI POTENSI PERTANIAN
Lawatan saya ke UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat diadakan pada 6 Mac 2022. Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Mujadila, ayat 11-12 oleh Ustaz Amir Anuar Abd Aziz, kemudian saya melancarkan Modul Ace (Accelerated Entrepreneurship Development Programme). Penerbitan Modul Ace dibahagikan kepada dua iaitu panduan fasilitator dan panduan pelajar.
Saya mengalu-alukan maklum balas dan pandangan dari Puan Mawar Noor Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, dan Prof. Madya Dr. Akmal Aini, Timbalan Rektor (Akademik & Antarabangsa) serta Ustaz Amir Anuar Abd Aziz yang berkongsi secara ringkas maksud surah surah Al-Mujadila, ayat 11-12 yang dibacakan oleh beliau di awal majlis. Menurut beliau secara ringkasnya, Allah SWT menceritakan perbezaan antara orang yang berilmu dan tidak berilmu, sehinggakan Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang berilmu.
Kemudian saya melawat ke Trading Room (Pusat Simulasi Saham). Taklimat disampaikan oleh Encik Syamsyul Samsudin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Saya memuji pembentangan yang dikongsikan oleh beliau dan saya menyarankan agar semua warga mengambil tahu ilmu pelaburan kerana kita mahu lahirkan graduan di kelompok T20. Pusat ini adalah hasil kerjasama MoU bersama CIMB Investment Bank. Setakat ini 2,000 pelajar telah dilatih menggunakan platform ini selain memanjangkan insiatif ini menerusi Program Pemindahan Ilmu untuk memperkasa komuniti.
Di Kampus Segamat, saya juga berkesempatan untuk melawat projek ladang yang secara diusahakan bersama oleh staf seluas 11 ekar secara sukarela. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Nawawi yang berkongsi tentang tanaman yang diusahakan antaranya adalah durian, pisang dan ubi, selain melawat secara pandu lalu ke ladang nanas, tapak madu kelulut, dan tapak fertigasi cili. Kali ini, saya menanam pokok durian jenis Musang King sebelum membuat lawatan akhir ke Pusat Inkubator Keusahawanan (Spa & Sauna). Terima kasih kepada Puan Janna Munirah Md Noor yang memberi pengalaman yang terbaik di Spa & Sauna tersebut. Saya mensyorkan sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan bolehlah berkunjung ke pusat ini.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh Keluarga UiTM di kampus Segamat. Kepada Cik Yam terima kasih kerana bertugas dan membantu saya sepanjang program yang berlangsung di negeri Johor. InsyaAllah kita jumpa lagi.

Source


Files

segamat2.jpg
segamat1.jpg
segamat3.jpg
segamat4.jpg
segamat5.jpg
segamat6.jpg
segamat7.jpg
segamat8.jpg
segamat9.jpg
segamat10.jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM SEGAMAT CAMPUS EXPLORES AGRICULTURE’S POTENTIAL,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/213.

Output Formats