"IN THE TRUE SPIRIT OF ACHIEVERS, UiTM PAHANG IS PROSPEROUS, THEREFORE UiTM EXCEL", WAS CHANTED ENERGETICALLY.

pahang15.jpg
pahang1.jpg
pahang2.jpg
pahang3.jpg
pahang4.jpg
pahang5.jpg
pahang6.jpg
pahang7.jpg
pahang8.jpg
pahang9.jpg
pahang10.jpg

Title

"IN THE TRUE SPIRIT OF ACHIEVERS, UiTM PAHANG IS PROSPEROUS, THEREFORE UiTM EXCEL", WAS CHANTED ENERGETICALLY.

Description

UiTM Pahang Branch includes three campuses in Kuantan, Jengka, and Raub, with 8,263 students, 374 academic personnel, and 395 administrative employees. There are 15 Diploma programmes, 8 first Degree programmes, and post-graduate programmes available in areas such as the timber industry, sports science, computer science, and others.
For 2021, UiTM CPHG received a 6-star UiTM Score-i and is actively engaged in international collaborations with Princess Naradhiwas University in Thailand, the Institute of Industry and Academic Research Incorporated in the Philippines, Tokyo University of Agriculture in Japan, and many others.
The value of PHG presented by the Rector caught my attention. PHG carries the meaning of Professional, Hospitality, and Glocal. You're on the right track, as long as it is consistent with our shared direction and goal of GRU2025. However, I want this branch to have an 80 per cent Happiness Index and to discover methods and make efforts to make everyone and yourself happy. Meanwhile, we must ensure that the number one problem today is handled, which is public health, since we are still battling COVID-19, together with the financial challenges.
I also welcome feedback and views from Mr. Mohd Fauzi Nasarudin, Mr. Ahmad Sardey Idris, Ts Dr. Wan Aizudin Wan Razali, Mr. Syamsir Akmal Senawi, Ms. Nurul Afzan, Mr. Mohd Badrishah and many more during my walkabout programme, which took place at Jengka Campus and Raub.
During the walkabout, I also had the opportunity to spend time with 11 Exco members of PEWANI UiTM Pahang Branch. I also visited the 300 -acre farm. Adam Zakaria, the project leader, informed me that the agriculture projects held here include the mini eggplant 323, pomelo, rambutan, mango, soursop, pineapple, palm oil, stingless bee honey, and cattle farm.
I also had a chance to taste some stingless bee honey. "It's delicious ..more please", I requested as Adam explained the uniqueness of this Stingless Bee honey on this particular farm and how it is different from other honey. After that, I went to the Wood Industry Workshop to see students' furniture (woodwork) products. I then planted the Merbau tree (Intsia palembanica), declared a national tree in 2019 because of its solid and durable wood and also it is a symbol of integrity.
Finally, I met Faris, a young athlete coached by Mr. Mukhriz in archery. I challenged him, and he proved himself to be an excellent archer. The arrow he shot perfectly hit the bull's eye. His father was a teacher, and they often came to this campus to practise with the coach.
During the session with Keluarga UiTM Pahang Branch, they energetically chanted, "IN THE TRUE SPIRIT OF ACHIEVERS, UiTM PAHANG IS PROSPEROUS, THEREFORE UiTM EXCEL". This act demonstrates their unity as a team.
I end my note with a surah Al-Baqarah (201) recited by the Rector of UiTM Pahang Branch, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, which means And among them are those who (pray with) say. "O our God, give us goodness in this world and goodness in the hereafter, and protect us from the torment of hell",
Thank you Keluarga UiTM Pahang Branch, InsyaAllah we will meet again.

“KAMI BERJIWA BESAR, UiTM PAHANG MAJU, CEMERLANG UiTM” DILAUNGKAN DENGAN SEMANGAT.
Dengan seramai 8,263 orang pelajar, 374 staf akademik dan 395 staf pentadbiran UiTM Cawangan Pahang mempunyai tiga kampus iaitu di Kuantan, Jengka dan Raub. 15 program Diploma, 8 program Ijazah Pertama ditawarkan selain program Pasca-Siswazah dalam pelbagai bidang seperti industri Perkayuan, Sains Sukan, Sains Komputer dan lain – lain.
Bagi tahun 2021, UiTM CPHG mencapai 6 bintang Skor-i UiTM dan aktif menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan pelbagai pihak seperti Princess Naradhiwas University, Thailand, Institute of Industry and Academic Research Incorporated, Philipines, Tokyo University of Agriculture, Japan dan banyak lagi.
Nilai PHG yang dibentangkan oleh Rektor menarik perhatian saya, ia membawa maksud Profesional, Hospitaliti, dan Glokal. Teruskan..asalkan ia selaras dengan hala tuju dan sasaran bersama kita ke arah GRU2025. Namun begitu, saya mahukan cawangan ini mencapai Happiness Index 80%, cari jalan dan usaha suapaya semua orang dan diri kita gembira. Sementara itu, kita juga kena pastikan cabaran nombor satu pada masa kini ditangani iaitu kesihatan, kerana kita masih lagi berlawan dengan COVID-19, selain cabaran kewangan yang kita juga hadapi waktu ini.
Saya juga mengalukan maklum balas dan pandangan dari Encik Mohd Fauzi Nasarudin, Encik Ahmad Sardey Idris, Ts Dr Wan Aizudin Wan Razali, Encik Syamsir Akmal Senawi, Puan Nurul Afzan, Encik Mohd Badrishah serta ramai lagi semasa program lawatan saya yang berlangsung di Kampus Jengka dan Raub.
Semasa lawatan saya juga berkesempatan meluangkan waktu bersama 11 exco PEWANI UiTM Cawangan Pahang. Saya juga melawat ke ladang yang berkeluasan 300 ekar. Di situ, saya diberi taklimat oleh Ketua Projek, saudara Adam Zakaria. Antara tanaman dan ternakan yang diusahakan adalah seperti Terung Mini 323, Limau Barli, Rambutan, Mangga, Durian Belanda, Nanas, Kelapa Sawit, Madu Kelulut dan Lembu.
Sempat juga saya mencuba Madu Kelulut di tapak, “sedapnya ..nak lagi” saya berkata sambil mendengar Adam menerangkan keunikan dan perbezaan rasa Madu Kelulut di ladang itu. Setelah itu, saya ke Bengkel Industri Perkayuan bagi meninjau produk perabot yang dihasilkan pelajar. Saya kemudian menanam pokok Merbau (Intsia palembanica) yang diisytiharkan sebagai pokok kebangsaan pada tahun 2019 kerana ketahanannya, menjulang tinggi menjadi lambang integriti.
Akhir sekali, saya sempat bertemu dengan saudara Faris, atlet muda yang dibimbing oleh Encik Mukhriz dalam sukan memanah. Saya cuba menguji Faris, tertanya beliau adalah pemanah yang hebat. Dengan mudah, anak panah yang dilepaskannya kena sasaran. Bapanya adalah seorang guru, dan beliau sering ke kampus ini untuk menjalani latihan bersama jurulatih.
Semasa perjumpaan dengan Keluarga UiTM Cawangan Pahang, mereka melaungkan kata-kata semangat iaitu “KAMI BERJIWA BESAR, UiTM PAHANG MAJU, CEMERLANG UiTM”. Tertanya, anda semua mempunyai kebersamaan yang utuh.
Saya akhiri nota saya kali ini dengan petikan surah Al-Baqarah (201) yang bermaksud Dan di antara mereka pula yang (berdoa dengan) berkata. “ Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”, yang dibacakan oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan.
Terima kasih Keluarga UiTM Cawangan Pahang, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.

Source

Collection

Citation

“"IN THE TRUE SPIRIT OF ACHIEVERS, UiTM PAHANG IS PROSPEROUS, THEREFORE UiTM EXCEL", WAS CHANTED ENERGETICALLY.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/214.

Output Formats