THE ICONIC MAS KEBAYA AND MHEXPLORER

mou_Mas01.jpg
mou_Mas02.jpg

Title

THE ICONIC MAS KEBAYA AND MHEXPLORER

Description

Recently, I received a courtesy call from a delegation from Malaysia Airlines, introduced by Dato 'Sri Dr Haji Irmohizam Haji Ibrahim, UiTM Board Member. Ms Lau Yin May, Group Marketing and Customer Experience Chief Executive Officer, told me about the benefits of MHexplorer, a student travel programme that offers discounts of up to 30% on MH and Firefly flights throughout the year, an additional 10kg baggage allowance and more. Through this programme, students who wish to travel domestically or abroad as part of mobility programmes, research or academic exchange activities can enjoy the benefits of returning to their hometown. The program will also be extended to Alumni with a discount of up to 25%. In the meantime, UiTM and MAS will sign an MoU in the near future.
Today's visit reminded me of the iconic Malaysia Airlines Kebaya designed by a fashion design lecturer at ITM (now UiTM) in 1983. The uniforms designed reflect pride in Malaysian tradition and culture, with their batik motifs and design elements incorporating local flowers such as cempaka, jasmine and hibiscus.
Many thanks to the MAS delegation Ms Lau Yin May, Mr Roslan Ismail, Rowena Abdul Sitra and Mr Azizan. We hope that this meeting will start a new beginning for the cooperation between UiTM x MAS.

KEBAYA IKONIK MAS DAN MHEXPLORER
Baru – baru ini saya menerima kunjungan hormat dari delegasi Malaysia Airlines yang dibawa oleh Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Cik Lau Yin May, Ketua Kumpulan Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan berkongsi mengenai keisitmewaan MHexplorer yang merupakan program pelancongan pelajar dengan faedah diskaun sehingga 30% untuk penerbangan MH dan Firefly sepanjang tahun, elaun bagasi tambahan 10kg serta banyak lagi. Menerusi program ini, pastinya ia dapat memberi manfaat kepada pelajar ingin membuat perjalanan domestik dan ke luar negara bagi tujuan program mobiliti, penyelidikan mahupun aktiviti pertukaran akademik selain manfaat pulang ke kampung. Program ini juga akan dipanjangkan ke Alumni dengan diskaun sehingga 25%. Dalam pada itu, UiTM dan MAS bakal menandatangani kerjasama MoU dalam masa terdekat nanti.
Lawatan hari ini membuatkan saya teringat cerita kebaya ikonik Malaysia Airlines yang direka oleh pensyarah seni reka fesyen ITM (kini UiTM) pada tahun 1983. Pakaian seragam yang direka mencerminkan kebanggaan dalam tradisi dan budaya Malaysia. Motif batik dan elemen rekaan merangkumi bunga tempatan seperti cempaka, melati dan bunga raya.
Terima kasih kepada delegasi MAS Cik Lau Yin May, Encik Roslan Ismail, Rowena Abdul Sitra dan Encik Azizan. Semoga pertemuan ini membuka lembaran baharu kolaborasi UiTM x MAS.

Source


Collection

Tags

Citation

“THE ICONIC MAS KEBAYA AND MHEXPLORER,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/238.

Output Formats