Let's Go To The Kuala Lumpur International Book Fair (PBAKL2022)

Title

Let's Go To The Kuala Lumpur International Book Fair (PBAKL2022)

Description

I had the pleasure of visiting the Malaysian Scholarly Publishing Council (MAPIM) on the 3rd floor of Dewan Tun Razak, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), during the Kuala Lumpur International Book Fair (PBAKL2022). UiTM Press also took part in this event, showcasing and promoting books written by UiTM academicians and researchers which are suitable as reading material at all levels.
Following that, I went to IlhamBooks to meet Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, who shared his latest books, "COVID 25 : Perjuangan Suci Baharu Bermula" & "COVID 25: Kapsul Kehidupan & Makhluk Mistik". Alhamdulilah, I was able to purchase a copy each.
For his first book, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar was named The Islamic Finance Book of the Year 2016 laureate by The Global Islamic Finance Award (GIFA). In addition to his leadership and writing skills, Tan Sri Daud is a prominent corporate figure; and was named a national Maulidur Rasul Figure in 2014.
Dear Keluarga UiTM, please take this opportunity to visit the Kuala Lumpur International Book Fair (PBAKL2022), which is held until June 12 2022. With over 700 exhibitors, including 200 local and international publishers from Indonesia, Singapore, and Turkey, the festival offers a wide range of genres to fuel your mind with inspirational stories and new knowledge.
To round up my tour, I met YBhg Dato'Sri Dr. Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Group Managing Director of WTCKL, one of the members of the UiTM Board of Directors.

JOM KITA KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL2022)
Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2022), saya berkesempatan melawat reruai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), yang bertempat di aras 3, Dewan Tun Razak, World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL). Dalam acara ini Penerbit UiTM juga turut serta dalam mempamer serta mempromosi buku-buku terbitan pensyarah dan penyelidik UiTM yang sememangnya sesuai untuk dijadikan bahan bacaan di semua peringkat.
Selepas itu, saya juga melawat ke reruai IlhamBooks bagi menyertai sesi sua mesra bersama Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang berkongsi tentang hasil penulisan terbaharu beliau iaitu "COVID 25 : Perjuangan Suci Baharu Bermula" & "COVID 25: Kapsul Kehidupan & Makhluk Mistik". Alhamdulilah, saya berpeluang membeli setiap naskhah buku tersebut.
Menerusi buku pertama penulisannya, beliau pernah dinobatkan sebagai penerima anugerah The Islamic Finance Book of The Year 2016 dari The Global Islamic Finance Award (GIFA). Tan Sri Daud adalah tokoh korporat yang aktif dalam penulisan, di atas kualiti kemimpinannya beliau juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada tahun 2014.
Kepada Keluarga UiTM ambillah peluang ini, untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2022) yang akan berlangsung sehingga 12 Jun 2022. Lebih dari 700 reruai membabitkan 200 penerbit tempatan dan antarabangsa termasuk Indonesia, Singapura dan Turki terlibat dalam acara yang pastinya menawarkan pelbagai genre penerbitan yang akan memberi santapan minda yang segar dengan pengetahuan baharu yang berinspirasi.
Mengakhiri lawatan, saya sempat meluangkan waktu bersama YBhg Dato'Sri Dr. Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL yang juga Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Source


Files

pesta_buku_antarabangsa_2.jpg
pesta_buku_antarabangsa_1.jpg
pesta_buku_antarabangsa_4.jpg
pesta_buku_antarabangsa_3.jpg

Collection

Tags

Citation

“Let's Go To The Kuala Lumpur International Book Fair (PBAKL2022),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/268.

Output Formats