Air Tangan Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM Menambat Hati Naib Canselor

331001953_498107785633084_4046521084819352625_n.jpg

Title

Air Tangan Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM Menambat Hati Naib Canselor

Description

Pada 16 Februari 2023, saya bersama beberapa orang pengurusan kanan UiTM telah dijemput menikmati jamuan makan tengahari oleh pihak Ibu Pejabat Polis Bantuan (PBB). Jamuan juga diadakan di ibu pejabat mereka. Tujuan jamuan tersebut diadakan adalah untuk meraikan Tuan Zakaria atas kenaikan pangkat baru-baru ini, dan rakan sejawat yang lain. Masakan kampung yang dihidangkan sangat membuka selera dan menepati citarasa saya. Yang paling mengagumkan, hidangan tersebut disediakan sendiri oleh warga Polis Bantuan sendiri, bermula daripada memancing ikan, menangguk udang galah, kepada menyiang dan membersihkan hasil tangkapan, sehingga menyatukan hasil tangkapan ke dalam kuali dan periuk bersama bumbu masakannya. Masakan tersebut kemudiannya dihias dengan indah bagaikan hidangan raja sehari. Antara hidangan istimewa, air tangan warga PBB, adalah ikan siakap tiga rasa, ikan siakap kukus, masak lemak udang galah, sambal udang galah, disertai ulam-ulaman segar. Tersentuh hati saya dengan hidangan tengahari tersebut, bukan sahaja menepati citarasa dan indah persembahannya, yang paling utama keikhlasan dalam memasak, menyediakan, dan menghidangkan kepada para tetamu yang hadir amatlah dirasai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM atas jemputan makan tengahari yang sangat menyelerakan, yang sukar untuk saya lupakan. #madani #hormat #uitm #gru2025 #vcrt #rozietimes HOME-COOKED LUNCH BY UiTM AUXILIARY POLICE HEADQUARTERS ANCHORS VICE-CHANCELLOR'S HEART On 16 February 2023, I and several senior management members of UiTM were invited to enjoy lunch by the Auxiliary Police Headquarters. The banquet was also held at their place for the purpose of celebrating Mr. Zakaria for his recent promotion, and other colleagues. The kampong cuisine served was very appetizing and stayed true to my taste. Most amazingly, the dish was prepared by the staff members of the Auxiliary Police themselves, starting with catching fish, and tackling giant prawns, to cleaning the catch, thus putting the catch together into woks and pots with the spices. The dishes were then beautifully decorated like a king's dish. Among the special dishes cooked with care and love by them were three-flavored siakap fish, steamed siakap fish, coconut gravy giant prawn, and giant prawn with hot sambal, accompanied by fresh vegetables (known as ulam-ulaman). I was touched by the lunch, not only by the taste and presentation of the lunch, but also by the sincerity in cooking, preparing, and serving to the guests. Thank you so much to the staff of the UiTM Auxiliary Police Headquarters for the delicious lunch invitation, which I will never forget.

Date

Collection

Tags

Citation

“Air Tangan Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM Menambat Hati Naib Canselor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/437.

Output Formats

Geolocation