Penyempurnaan Majlis Penutup Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (ICAN) Bersama Timbalan Dekan ICAN/ PJI, Timbalan Rektor PJI Dan Koordinator ICAN [MeTIC] Kali Ke-12 Di Ipoh, Perak Oleh Naib Canselor UiTM

Title

Penyempurnaan Majlis Penutup Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (ICAN) Bersama Timbalan Dekan ICAN/ PJI, Timbalan Rektor PJI Dan Koordinator ICAN [MeTIC] Kali Ke-12 Di Ipoh, Perak Oleh Naib Canselor UiTM

Description

Pada malam 30 Januari 2023, saya telah dijemput bagi menyempurnakan Majlis Penutup Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (ICAN) bersama Timbalan Dekan ICAN/ PJI, Timbalan Rektor PJI dan Koordinator ICAN (MeTIC) ke-12, bertempat di Hotel Impiana, Ipoh Perak. Turut dihadiri Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Komuniti dan Alumni), Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr. Mahadir Ladisma @ Awis, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti, Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM Shah Alam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran MeTIC kali ini, Timbalan-Timbalan Rektor, Timbalan-Timbalan Dekan ICAN/ PJI dan para Koordinator ICAN dari seluruh sistem UiTM.
Tema yang dipilih untuk MeTIC kali ke-12 adalah, “Nexus approach towards globally marketable engagements” bertepatan dengan fokus UiTM sebagai “Globally Marketable” pada tahun 2023. Saya amat mengharapkan dengan penganjuran MeTIC ke-12 ini dapat memupuk hubungan erat dan persefahaman di kalangan warga ICAN, memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi memperkukuh usaha memasyarakatkan universiti sebagai gedung ilmu yang mesra industri, komuniti dan alumni. Tahniah saya ucapkan kepada para warga Universiti yang telah menjayakan projek-projek berimpak sepanjang tahun 2022. Kepada yang belum berjaya, jadikan usaha seterusnya sebagai pemangkin untuk mempertingkatkan lagi usaha pada masa hadapan.
UITM VICE-CHANCELLOR CONCLUDES 12TH MEETING OF THE DEPUTY VICE-CHANCELLOR (ICAN) WITH DEPUTY DEAN (ICAN/PJI), DEPUTY RECTOR OF PJI, AND COORDINATOR OF ICAN (MeTIC) IN IPOH, PERAK
On the evening of 30 January 2023, I was invited to officiate the closing ceremony of the 12th Meeting of the Deputy Vice-Chancellor (ICAN) with the Deputy Dean of ICAN/ PJI, the Deputy Rector of PJI and the ICAN Coordinator (the ceremony was also referred to as MeTIC) at Impiana Hotel, Ipoh Perak. Also present were Yang Berbahagia Professor Dr Mohamad Hariri Abdullah, Deputy Vice-Chancellor (Community Industry and Alumni Partnership), Associate Professor Dr Nur Hisham Ibrahim, Rector of UiTM Perak Branch, Associate Professor Dr Mahadir Ladisma @ Awis, Director of Community Networking Centre, Office of Industry, Community and Alumni Network (ICAN) UiTM Shah Alam, who is also the Chairperson of MeTIC Organising Committee, Deputy Rectors, Deputy Deans of ICAN/ PJI and ICAN Coordinators from across the UiTM system.
The theme chosen for the 12th MeTIC was "Nexus approach towards globally marketable engagements" to reflect UiTM's focus on "Globally Marketable" in 2023. I sincerely hope that this event will foster close bonds and understanding among ICAN staff, provide the best engagement in carrying out responsibilities, and build confidence in the efforts to socialise the university as an industry, community and alumni friendly repository of knowledge. Congratulations to Warga UiTM who led impactful projects to success in 2022. For those who were not successful, make your next effort a catalyst to improve future efforts.

Date

Files

331530~1.JPG
331976~1.JPG
332009~1.JPG
332038~1.JPG
332054~1.JPG

Collection

Tags

Citation

“Penyempurnaan Majlis Penutup Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (ICAN) Bersama Timbalan Dekan ICAN/ PJI, Timbalan Rektor PJI Dan Koordinator ICAN [MeTIC] Kali Ke-12 Di Ipoh, Perak Oleh Naib Canselor UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/438.

Output Formats

Geolocation