Naib Canselor Dijemput Sebagai Perasmi Program Catan Figura (Figura Dalam Catan) Di Galeri Seni KPSK UiTM
Title
Naib Canselor Dijemput Sebagai Perasmi Program Catan Figura (Figura Dalam Catan) Di Galeri Seni KPSK UiTM
Description
Pada 2 Februari 2023, saya telah dijemput merasmikan Pameran Catan Figura, Figura Dalam Catan (CFFDC) yang bertempat di Galeri Seni KPSK, Kompleks Ilham, UiTM Shah Alam. Pameran yang julung-julung kali diadakan mampu membuka laluan baharu kepada generasi muda kini untuk ‘menelaah’ dan menghuraikan bahasa visual dengan penuh makna. Saya dapati karya-karya yang dihasilkan adalah dari era 70-an hingga 2019 ini dan memiliki keistimewaan tersendiri. Kepelbagaian genre figuratif ini memberi panorama baharu terhadap penghayatan seni. Impak sosial positif dan kewajaran karya-karya ini dipertontonkan memberi ruang yang sangat bermakna setelah beberapa dekad karya-karya ini diperap tanpa dinilai oleh peminat seni.
Catan-catan ini adalah koleksi tetap Galeri Seni KPSK (dahulunya Galeri Seni FSSR) yang seketika dahulu telah dirasmikan Encik Anwar Ibrahim, mantan Menteri Pendidikan, yang kini Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Catan-catan figura ini dipamerkan secara kronologi untuk menonjolkan peralihan dan perubahan catan figura "stail ITM” kepada “stail UiTM". Sebanyak 52 catan dipamerkan untuk dihayati dan dikaji oleh warga UiTM khasnya dan peminat seni lukis amnya.
THE VICE-CHANCELLOR OFFICIATED THE OPENING OF THE CATAN FIGURA PROGRAM (FIGURA DALAM CATAN) AT UiTM KPSK ART GALLERY
On 2 February 2023, I was invited to officiate the opening of the exhibition Catan Figura, Figura Dalam Catan (CFFDC) at KPSK Art Gallery, Ilham Complex, UiTM Shah Alam. The inaugural exhibition will be able to pave a new way for the younger generation to 'study' and elaborate on visual language with meaning. I found that the works were from the 70s to 2019 and had their own specialities. This diversity of figurative genres offered a new panorama of artistic appreciation. The positive social impact and appropriateness of these works on display provided a long-awaited opportunity after decades of being kept away from art lovers.
These artworks are part of the permanent collection of KPSK Art Gallery (formerly FSSR Art Gallery), which was inaugurated by Mr. Anwar Ibrahim, former Minister of Education and current 10th Prime Minister of Malaysia. These figures are exhibited chronologically to show the transition and change from the "ITM-style" figure to the "UiTM style". A total of 52 paintings were on display for UiTM staff and art lovers in general to examine.
Date
Collection
Citation
“Naib Canselor Dijemput Sebagai Perasmi Program Catan Figura (Figura Dalam Catan) Di Galeri Seni KPSK UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/439.