Naib Canselor UiTM Merasmikan Projek Smart Agro‐Solarpreneur 2023

Title

Naib Canselor UiTM Merasmikan Projek Smart Agro‐Solarpreneur 2023

Description

Pada 1 Februari 2023, saya telah merasmikan Projek Smart Agro-Solarpreneur 2023. Projek Smart Agro‐Solarpreneur ini merupakan projek yang telah dipersetujui bersama pelaksanaannya di UiTM Terengganu sebagai satu incubator keusahawanan yang akan dipantau sepenuhnya oleh pihak Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam. Projek ini telah ditaja sepenuhnya oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dalam jumlah RM150,000.00.
Projek yang bermula seawal tahun 2021 merupakan gabungan projek usahawan vendor Solar, Fertigasi dan Kelulut. Projek ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada Majlis Eksekutif Universiti (MEU) pada tahun yang sama. Matlamat projek ini bertujuan untuk memampankan pembangunan keusahawanan pada peringkat Universiti. Seterusnya menyahut Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).
Jutaan terima kasih kepada pihak MTDC atas sokongan yang tidak berbelah bahagi ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada MASMED dan UiTM Terengganu atas usaha serta komitmen yang berterusan dalam melestarikan aktiviti keusahawanan Universiti.
VICE-CHANCELLOR UiTM INAUGURATES SMART AGRO‐SOLARPRENEUR PROJECT 2023
On 1 February 2023, I officiated the Smart Agro-Solarpreneur Project 2023. The Smart Agro‐Solarpreneur project is a project that has been agreed upon with the implementation in UiTM Terengganu as an entrepreneurial incubator which will be fully monitored by the Academy of SME Development and Entrepreneurship Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam. The project was fully sponsored by the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) for a total of RM150,000.00.
The project, which started as early as 2021, is a combination of Solar, Fertigation, and Kelulut vendor entrepreneur projects. The project received support and approval from the University Executive Council (MEU) in the same year. The goals of the project are aimed at sustaining entrepreneurial development at the university level, and thus, responding to the National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN 2030).
Thank you to MTDC for this unwavering support. I would also like to congratulate MASMED and UiTM Terengganu for their constant efforts and commitment to upholding the entrepreneurial activities of the University.

Date

Files

331604531_938061727360671_3791772304449065447_n.jpg
331969340_423491036640014_1432049864114685557_n.jpg
331977241_879907276553929_2552710373016822236_n.jpg
332178759_1226808808224531_9210506409294351308_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Naib Canselor UiTM Merasmikan Projek Smart Agro‐Solarpreneur 2023,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/440.

Output Formats

Geolocation