Majlis Pelancaran Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973

Title

Majlis Pelancaran Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973

Description

KOTA KINABALU, 29 Mei 2023 – Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973 Edisi Pertama diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah merakam sejarah dan menjadi sumber rujukan utama sebagai kampus sulung UiTM Kampus Cawangan. Buku ini merupakan kompilasi penulisan sejarah kampus sulung UiTM, Peristiwa Penting, Impak Penubuhan UiTM Cawangan Sabah kepada negara, komuniti, masyarakat, ekonomi, pencapaian pelajar, staf dan alumni serta harapan UiTM Cawangan Sabah dalam mencapai strategi GRU 2025.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), UiTM Cawangan Sabah Bil 78 pada 23 Mei 2022 telah meluluskan penulisan Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973. Idea asal penulisan buku ini adalah melalui ucapan Datuk Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof Madya Dr Abdul Kadir Hj Rosline dan perbincangan bersama Datuk Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor semasa Lawatan Walkabout VC di Kampus Tawau pada 24 Mac 2022. Projek Penulisan Buku UiTM Cawangan Sabah ini mendapat peruntukan khas dari Special Project Vice Chanselor (SPVC) Universiti Teknologi MARA.

Date

Files

1-2.PNG
FB_IMG_1685403939853-0.jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Pelancaran Buku UiTM Cawangan Sabah, Mengubah Destini Berjasa Sejak 1973,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 6, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/486.

Output Formats

Geolocation