Pengucapan Awam Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Siri Ke-9

Title

Pengucapan Awam Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Siri Ke-9

Description

Program Pengucapan Awam Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin adalah satu program yang disarankan oleh saya kepada Pejabat Naib Canselor selaku penganjur bagi menghidupkan ruang yang baru diubahsuai di Aras 6 Bangunan Canseleri yang diberi nama The Space.
Selain membolehkan warga kerja UiTM di Bangunan Canseleri berkumpul sambil beramah mesra berkenalan antara satu sama lain dengan lebih rapat, program ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada staf untuk melatih teknik pengucapan awam. Senarai penyampai dibuat secara cabutan mingguan dimulakan dengan staf dari Pejabat Naib Canselor dan seterusnya diikuti oleh pejabat lain di Bangunan Canseleri.
Mengambil kira latar belakang, gred jawatan dan pengalaman yang berbeza antara setiap staf, pihak penganjur tidak menetapkan secara khusus tajuk yang perlu disampaikan. Sebaliknya, staf boleh menyampaikan apa sahaja yang difikirkan sesuai sama ada berbentuk perkongsian ilmu & pengalaman, tazkirah, motivasi, bercerita mahupun persembahan bakat.
Jumaat yang lepas, 28 Julai 2027, adalah siri ke-9 program ini. Penyampai minggu tersebut terdiri daripada:
1. Tuan Hj Shahrin Nordin (Berjogging Ke Arah Kesihatan, Kesejahteraan & Kebahagian Diri Serta Keluarga)
2. Puan Rasanubari Asmaramah Said (Kepentingan Merekodkan Hutang)
3. Puan Noor Aini Masri (Ummu Sibyan: Jin Kaum Perempuan)
4. Puan Nornadia Abd Hamid (Pengalaman Berpantang Secara Tradisional)
Saya sempat meluangkan masa sekejap mengikuti program melalui pautan online Webex semasa dalam perjalanan ke program di China. Secara keseluruhan, saya lihat program ini telah berjaya meningkatkan tahap keyakinan dan kebolehan komunikasi bagi staf yang terlibat. Perkongsian-perkongsian yang diberikan juga sangat pelbagai dan menarik perhatian.
Saya berharap program sebegini akan diteruskan. Kepada warga Bangunan Canseleri, saya menjemput anda semua untuk mengikuti program ini pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 pagi. Semoga usaha kita untuk sama-sama berada dalam majlis ilmu diberkati Allah. Insya Allah aamiiin.

Date

Files

363802375_296651302887672_8664304187171249801_n.jpg
362944950_296651456220990_7773842711937028966_n.jpg
363813039_296651239554345_28669251584805536_n.jpg
363816777_296651249554344_5293221861102418421_n.jpg
363817117_296651409554328_913278667108175771_n.jpg
363825328_296651192887683_8485132211595301766_n.jpg
363840598_296651219554347_2221406357906770227_n.jpg
363843819_296651236221012_8672403359036799416_n.jpg
363846295_296651296221006_1441340724149207512_n.jpg
363851158_296651222887680_5243766129794917544_n.jpg
363951496_296651339554335_6719139785317457548_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Pengucapan Awam Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Siri Ke-9,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/487.

Output Formats

Geolocation